BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, July 31, 2009

Mari Berhibur

Salam,
Esok bertempat di Stadium Melawati,Shah Alam akan diadakan KONSERT ANTARA DUNIA 09 anjuran GAMIS(Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia) bersama Rabbani Production .Antara barisan Artis yang terlibat seperti Rabbani,Hijjaz,Raihan dan kumpulan dari Indonesia yakni Shoutul Harakah dan sebuah kumpulan dari negara Arab(x ingat kumpulan apa).
InsyaAllah,Konsert bermula dari pukul 8.00 malam hingga 11 malam..

p/s:Jom sama-sama memeriahkannya...jumpa di sana(^_^)

Wednesday, July 15, 2009

RINDU...

Salam sahabat-sahabat,

Hampir seminggu ana meniti liku-liku kehidupan di bumi UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA,GOMBAK...Macam-macam perasaan bermain dihati ,sedih gembira,teruja,rindu dan lain-lain...hehe...

Paling terasa ketika ana baru pulang dari kelas suatu hari,terdengar mesej dari hanset kesayangan ana masuk bilamana lagu Ayat-ayat Cinta berkumandang..
"ish,sapa ya anta mesej ni??
Terharu ana bila membacanya...

"kak long sihat..hadi sihat" tiba-tiba hati ini makin rindukan fmly nun jauh di Baling,Kedah..bila terbaca mesej yg dhantar adik ana yang baru berumur 8 tahun..teruja an dpt mesej tersebut.."betul ka hadi tulis ni"soal ana...Pandai pulak dia taip mesej..
terus jari ini menekan nombor mak ana...

Hallo,Assalamulaikum,mak eh...dok buat apa??hehe (soaln wajib ditanya setiap kali ana telefon mak...walaupun hampir setiap hari telefon...hehe,ada orang kata ana ni anak mak,bilaman ana ajukan pada mak tentang ini mak tersenyum.." biar la depa kata hang anak mak pun(manja)"kata mak.
kembali kepada telefon tadi...selepas menjawap salam terus mak bertanya"hadi anta mesej ka??"
Ana-betul ka mak hadi taip mesej tu,ka orang lain yang taipkan??
Mak-"ha'ah la,dia yang taip
mesej tu"berbunga hati ana bila tau adik ana rindukan ana...Hadi,kak long rindukan hadi..

Friday, July 10, 2009

Perjuangan bermula.....

Salam ,

Alhamdulillah,kini ana telah bergelar mahasiswa UIA Gombak...Taaruf week baru sahaja berakhir 9 hb yang lepas...Menitis air mata selepas berbaiah sebagai Pelajar UIA,terasa beban yang tergalas agak berat.Terbayang wajah mak ayah,mak tih ,mak jah,tok dan orang-orang yang banyak membantu diri ini hingga ke tahap ini..Disini perjuanganku yang sebenar bakal bermula..Moga ALLAH kuatkan diri ini untuk menempuhi dugaan ini dan dipermudahkan segalanya..Amin.. insyaAllah,ana akan cuba buat yang terbaik dan tidak akan mempersiakan pengorbanan kalian..




p/s: harap -harap dapat berjuang bersama2 shbt2...