BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, May 9, 2010

Teruja

Alhamdulillah,berkesempatan ikut berkonvoi dengan bas dlm convoy Gaza dan berpeluang turun padang untuk mengutip derma untuk Palestin di 3 buah kampung dan sebelah petangnya mengikuti ceramah da n berehat di Masjid Negara.Malamnya,dpt mengikuti konsert lifeline 4Gaza...ramai yang datang dari dekat dan jauh..teruja dengan persembahan kumpulan Shautul harakah...
p/s:alhamdulillah,dapat banyak kutipan untuk disumbangkan buat rakyat Palestin...

Entri Khas buat Mak....

Bismillahirrahmanirrahim,

Selamat Hari Ibu buat Ibu kesayangan ana,Puan Che Ah dan Puan Jamnah Bakar...
Terima kasih kerana sanggup bersusah payah mengandung,melahirkan , membesarkan dan mendidik  kak long  selama ini...
Mak, (Puan Che Ah)
 Demi kebahagiaan rumah tangga  adik mak,mak sudi serahkan anak perempuan bongsu mak untuk dipelihara mereka dari kecil hinggalah sekarang.Dahulu masa kak long kecil,kak long pelik knapa setiap kali mak datang,mak mesti minta nak tidor dgn kak long dekat rumah tok(belakang rumah ana),kak long pun seronok la tapi bila tengah malam ,kak long kejutkan tok suruh hantar kak long balik rumah,kak long nak tido kat rumah.Setiap kali begitu..kesian mak.mesti mak sedih bila bangun,kak long tak ada disebelah.Maafkan kak long mak...masa tu kak long tak tau mak adalah mak kandung kak long...

Mak,(Puan Jamnah)
Kak long teringat jiran kita mak su pernah bgtau masa kecil kak long sakit penat(asma)  teruk jugak..Setiap bulan mak terpaksa simpan RM80 daripada gajinya yang tak seberapa itu untuk rawatan  kak long di hospital.Suatu hari,penat (asma) kak long teruk sangat hingga kak long kebiru biruan,mak tak tau nak wat pa,hanya menangis kuat sambil memanggil jiran kami...Hinggakan mak su bagitau,kalau tengok keadaan kak long ketika itu,tidak sangka kak long masih hidup lagi sekarang.Mak dah banyak berkorban masa dan tenaga dan duit demi membesarkan dan mendidik kak long agar menjadi insan berguna dunia dan akhirat biarpun kak long bukan anak kandung mak.Alhamdulillah,Allah panjangkan umur kak long agar dapat kak long berbakti  dan berkhidmat kepada  kedua  orang ibu ana dan kedua org ayah ana dan masyarakat dan yang paling penting buat Islam tercinta..

Ada yang bertanya antara mak kandung dengan mak angkat,mana yang kak long paling sayang?
Dua2 kak long sayang,mak....
Selamat Hari Ibu mak....