BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, March 26, 2010

Exam bermula...

Assalamualaikum....

Minggu yang paling2 menyibukkan telah tiba.....Pelbagai perasaan datang melanda,menempuh hari demi hari untuk menilai ilmu didada...Adakah dirimu telah bersedia?Bagaimana persiapanmu untk mghadapinya?Namun,jangan dilupa persiapan rohani agar dirimu lebih terjaga,berdoalah agar dipermudahkan segalanya..
Walaupun diminggu exam ,banyak kerja dan tanggungjawap menanti.Ingatlah wahai hati tentang janji Allah dalam kalam sucinya:

" Wahai orang-orang yang beriman,jika kamu menolong agama Allah,niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" surah Muhammad:7

Bittaufik wannajah kepada semua....
buat persiapan yang Terbaik,
Jaga Amalan dan Ibadah,dan perbanyakkanlah,
Jaga kesihatan Diri,
Moga kejayaan milik kita.InsyaAllah.

(Ana nk mintak maaf andai ada terguris,tersalah kata dan bicara ,ksalahan dan kesilapan,ana mohon dimaafkan....)

Tuesday, March 23, 2010

Selamat Pengantin Baru....

Assalamualaikum,



Selamat Pengantin Baru buat kak Chik,Puan Siti Asa & Abg Khirwan.Moga bahagia dan berkekalan dunia Akhirat....






Selamat Pengantin Baru buat sahabat ana Hijatunnajah bt Ishak bersama suaminya..
Moga bahagia dan berkekalan dunia Akhirat...
Teringat ana ketika belajar syair arab dengan Ustaz Che Majid berkaitan nasihat seorang ibu kepada anakya sebelum perkahwinannya..Dititipkan nasihat ini buat kak chik,sahabat ana hijrah dan kakak2 senior ana yang baru berkahwin.

Nasihat Seorang Bapa Abdullah bin Jaafar bib Abi Talib berpesan kepada anaknya dihari pernikahan anaknya:-

"Anakku,berhati-hatilah engkau,Jangan bersifat cemburu kerana cemburu itu adalah kunci penceraian.Berhati-hatilah engkau jangan banyak menegur (berleter) terhadap suamimu kerana menegur itu menimbulkan kebencian.Sentiasalah memakai celak (penghitam alis mata) kerana celak itu sebaik-baik perhiasan.


Pesanan Seorang Ibu Kepada Anak Gadisnya.Amru bin Hujru (Raja Kindah) berkahwin dengan Ummu Iyyas binti Auf bin Muhallam As Syaibani.Sebelum berlangsungnya perkahwinan itu,ibu Ummu Iyyas masuk bertemu anaknya dan berpesan:-

"Anakku,jagalah baik-baik sepuluh perkara,kelak engkau akan memiliki perbendaharaan rumahtangga."

1. Hormatilah suamimu dengan menggembirakan hatinya.

2. Turutilah perintah suamimu sebaik-baiknya.

3. Awasilah sorotan kedua matanya jangan sampai suamimu itu melihat sesuatu yang buruk padamu.

4. Awasilah hidungnya jangan sampai ia mencium bau,kecuali bau yang paling sedap dan nyaman.

5. Awasilah suamimu waktu tidurnya jangan sampai terganggu kerana menggangu orang yang sedang tidur itu membawa kemarahan.

6. Awasilah suamimu waktu makannya jangan sampai ia lapar kerana gangguan lapar yang berturut-turut itu menimbulkan kemarahan.

7. Jagalah harta benda suamimu dengan cermat dan aturkanlah keluar masuknya dengan sebaik-baiknya.

8. Jagalah anak-anak dan keluarganya serta pembantu-pembantu rumahtangga suamimu.


9. Janganlah menentang perintah suamimu kerana hal itu akan menyedihkan hatinya.


10. Janganlah engkau membuka rahsia suamimu kerana kalau engkau membuka rahsianya engkau tidak akan selamat dari pembalasannya. Kemudian berhati-hatilah engkau jangan sampai engkau gembira dihadapannya padahal ia dalam keadaan sedih.Sebaliknya jangan engkau bersedih dihadapannya di kala ia sedang bergembira"

Asthma binti khariyah Fazari telah berkata kepada puterinya pada hari pernikahan anaknya itu:

"Hai anakku,kini engkau akan keluar dari sarang dimana engkau dibesarkan.Engkau akan berpindah ke sebuah rumah dan hamparan yang belum engkau kenali.itulah suamimu.Jadilah engkau tanah bagi suamimu (taat perintahnya) dan ia akan jadi langit bagimu (tempat bernaung). Jadilah engkau lantai supaya ia menjadi tiangnya.Jangan engkau bebani ia dengan pelbagai kesukaran kerana itu akan memungkinkan ia meninggalkanmu.Kalau ia mendekatimu,dekatilah ia dan jika ia menjauhimu maka jauihilah ia dengan baik.Peliharalah benar-benar suamimu itu akan hidungnya,pendengarannya,matanya dan lain-lain.Jangan biarkan suamimu itu mencium sesuatu darimu melainkan yang harum.Jangan pula ia mendengar melainkan yang enak dan janganlah ia melihat melainkan yang indah sahaja padamu.

Sunday, March 7, 2010

Cinta padaMu









Rasulullah bersabda:-
'Allah berfirman:Tidak henti-hentinya hambaKu mendekatkan diri kepadaKu dengan sunnah sehingga Aku mencintainya.Apabila Aku mencintainya Aku akan menjadi pendengarannya yang dengannya digunakan mendengar dan penglihatannya yang dengannya digunakan melihat.'
Riwayat Bukhari dan Abu Hurairah r.a

Moga hamba yang dikatakan dalam hadis tersebut adalah kita.

C-I-N-T-A


Bismillahirrahmanirrahim.....

Ya Allah,
Aku cinta padaMu kerana dua sisi cinta,
Cintakan diriMu dan cinta kerana Engkau patut cintai.
Aku cinta akan diriMu,
aku selalu mengingatiMu,bukan yang selainMu.
Adapun cinta kerana Engkau patut dicinta,
aku tidak mengetahui alam sebelum tahu diriMu.
Tiada puji dalam hal ini,dan itu bagi diriku,
tetapi puji dalam hal ini,dan itu hanya milikMu...

Begitu syair serikandi Muslimah sejati,Rabiatul Adawiyah mengambarkan betapa dalamnya cintanya kepada Penciptanya,Allah..

Kecintaan Rabi’ah kepada Allah berjaya melewati pengharapan untuk beroleh syurga Allah semata-mata.

“Jika aku menyembah-Mu kerana takut daripada api neraka-Mu maka bakarlah aku di dalamnya! Dan jika aku menyembah-Mu kerana tamak kepada syurga-Mu maka haramkanlah aku daripadanya! Tetapi jika aku menyembah-Mu kerana kecintaanku kepada-Mu maka berikanlah aku balasan yang besar, berilah aku melihat wajah-Mu yang Maha Besar dan Maha Mulia itu.”


Ya Allah,betapa hebatnya cinta Rabiatul Adawiyah kepadaMu,
Aku malu Ya Allah,
Seringkali diri ini cintakan makhlukMu melebihi diriMu,
sedangkan mereka semua akan meninggalkan diriku
namun diriMu sedetikpun tidak terlepas dari memerhatikanku
lemahnya diriku Ya Allah,
mencintai benda yang lemah sedangkan Engkau yang maha Berkuasa.
Ya Allah,jadikan cintaku kepadaMu sebagaimana cinta Rabiatul Adawiyah padaMu...
Ya Allah ,jadikan cintaku kepada mereka disekelilingku sprt ibubapaku,adik beradikku,sahabat2 seperjuanganku keranaMu dan ianya perantaan dalam mengapai cintaMu.

“Ya Allah! Ampunilah aku. Sesungguhnya hanya Engkau yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Hanya kasih-Mu yang abadi dan hanya hidup di sisi-Mu sahaja yang berkekalan. Selamatkanlah aku daripada tipu daya yang mengasyikkan.”

Sesungguhnya apa juga lintasan hati dan luahan rasa yang tercetus daripada kita bergantung kepada cara hati kita berhubung dengan Allah. Semakin kita kenali keluhuran cinta kepada Allah, maka bertambah erat pergantungan hati kita kepada Allah serta melahirkan keyakinan cinta dan kasih yang sentiasa subur.

Lanjutan itu jiwa kita tidak mudah berasa kecewa dengan gelagat sesama insan yang pelbagai ragam. Keadaan begini sebenarnya terlebih dahulu perlu dipupuk dengan melihat serta merenungi alam yang terbentang luas ini sebagai anugerah besar daripada Allah untuk maslahat kehidupan manusia. Kemudian cubalah hitung betapa banyaknya nikmat Allah kepada kita.

Dengan itu kita akan sedar bahawa kita sebenarnya hanya bergantung kepada Allah. Bermula dari sini kita akan mampu membina perasaan cinta terhadap Allah yang kemudian mesti diperkukuhkan dengan mencintai titah perintah Allah. Mudah-mudahan nanti kita juga akan menjadi perindu cinta Allah yang kekal abadi.