BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, April 3, 2010

Perkongsian; Hantu

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum,

Disini ada suatu kisah tentang realiti dunia hari ini.
Suatu hari ,telah keluar tiga sekawan ke JJ(Jaya Jusco) untuk membeli sedikit barang smbil menghiburkan salah seorang sahabatnya yang kehilangan pursenya pd pagi tersebut..
Kemudian tiga sahabat tersebut pergi ke sebuah kedai makan di dlm pasaraya tersebut kerana kelaparan dan kebetulan UIA tiada elektrik ketika itu dan cafe2 semua tutup..Ketika hendak keluar dari kedai tersebut,tiba2
"ayah,apa itu ayah?Hantu aeh?"
Sambil menahan gelak,ayahnya berkata:"eh,tak la.akak tu pakai tudung tu..."

Dan ketika hendak pulang,di koridor jalan terserempak mereka dengan seorang auntie ,umurnya dalam empat puluhan keatas..apabila lalu disebelahnya,auntie itu berkata:
Uuh..macam hantu..(dengan suara yg ditekan2 macam marah).Terkejut besar mereka.

Dan ketika sampai di Terminal Putra,terserempak mereka dengan seorang budak lelaki dalam umur 4 tahun..dia berkata:
Eh2,hantu...

Maka,sedikit terdiam sahabat itu,hilang sudah celotehnya cerianya dengan tiga insiden tersebut..Sahabt2 disisi memberi kata semangat supaya senyumannya kembali terukir...

Dipanggil hantu kerana ianya berpurdah.Sahabat tersebut tak kisah pun biarlah apa orang nk kata pun kerana sebelum2 ni dh pernah berlaku dah tp selalunya budak2 kecil shj tp hatinya sedikit terkilan dgn kata2 auntie tersebut kerana nada suaranya seperti nk marah .

Inilah masyarakat kita,apabila wanita yang menutup aurat elok dipandang pelik tetapi
yang auratnya terbuka dan terdedah sana dan sini sudah menjadi perkara biasa..Tak mau pakai tudung sebab panas la,dan macam2 lg..Yang mengamalkn Islam dipandang pelik tp yang mengikut budaya barat di sanjung tinggi..sedihnya hati ini...

Ya Allah,
ku impikan Islam dijulang dan semua rakyat mengamalkan cara hidup Islam yang sebenarnya...Ku impikn Islam dipegang,tersemat dihati dan budaya barat yg merosakkan dibuang jauh2..Ya Allah,berikan mereka pertunjuk, hidayah dan TaufiqMu kerana mereka saudara SeIslamku..dan Ya allah, Engkau thabatkanlh kami dalam perjuangan ini dan apa yang kami bawa.




P/s:Doakan shbt itu thabat dengan apa yg dia pilih...