BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, October 16, 2010

Bingkisan Dari Syria

Assalamualaikum....

Alhamdulilah,segala puji-pujian hanya kepada Allah atas segala nikmat yang telah diberikan kepada ana selama ini
Terlalu banyak nikmat yang Allah berikan buat ana...Alhamdulillah

Teringat ana akan nasihat Ukhti Nurul Izzati ,senior yang amat ana kagumi kerana ketokohannya,ibadahnya ,muamalatnya dan banyak lagi...sempat ana ber YM dengannya yang kini berada di bumi Syria...dititipkan nasihat ini apabila ana minta untuk beri sedikit taujihat buat ana
"Jadilah shbt Al-Quran dari situ,kita akn slalu dapat nasihat ,dapat teguran membina,dapat hikmah,dapat kegembiraan,dapat perisai kehidupan..."

Ya,betul.Jadilah sahabat Al-Quran kerana terlalu banyak manfaatnya buat kita...Al-Quran ibarat warkah cinta Allah Sang Pencipta buat hamba-hambanya... Mari kita perbanyakkan perbaiki diri,jadikanlah Al-Quran peneman kita yang setia.


Daripada Ibnu Umar r.a. berkata, sabda Rasulullah s.a.w, ”Sesungguhnya hati ini berkarat seperti mana berkaratnya besi apabila terkena air, seorang sahabat bertanya, “bagaimana menghapuskan karat tersebut’? Jawab Nabi s.a.w., banyakkan menyebut mati dan membaca al-Quran