BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, March 7, 2010

Cinta padaMu









Rasulullah bersabda:-
'Allah berfirman:Tidak henti-hentinya hambaKu mendekatkan diri kepadaKu dengan sunnah sehingga Aku mencintainya.Apabila Aku mencintainya Aku akan menjadi pendengarannya yang dengannya digunakan mendengar dan penglihatannya yang dengannya digunakan melihat.'
Riwayat Bukhari dan Abu Hurairah r.a

Moga hamba yang dikatakan dalam hadis tersebut adalah kita.

C-I-N-T-A


Bismillahirrahmanirrahim.....

Ya Allah,
Aku cinta padaMu kerana dua sisi cinta,
Cintakan diriMu dan cinta kerana Engkau patut cintai.
Aku cinta akan diriMu,
aku selalu mengingatiMu,bukan yang selainMu.
Adapun cinta kerana Engkau patut dicinta,
aku tidak mengetahui alam sebelum tahu diriMu.
Tiada puji dalam hal ini,dan itu bagi diriku,
tetapi puji dalam hal ini,dan itu hanya milikMu...

Begitu syair serikandi Muslimah sejati,Rabiatul Adawiyah mengambarkan betapa dalamnya cintanya kepada Penciptanya,Allah..

Kecintaan Rabi’ah kepada Allah berjaya melewati pengharapan untuk beroleh syurga Allah semata-mata.

“Jika aku menyembah-Mu kerana takut daripada api neraka-Mu maka bakarlah aku di dalamnya! Dan jika aku menyembah-Mu kerana tamak kepada syurga-Mu maka haramkanlah aku daripadanya! Tetapi jika aku menyembah-Mu kerana kecintaanku kepada-Mu maka berikanlah aku balasan yang besar, berilah aku melihat wajah-Mu yang Maha Besar dan Maha Mulia itu.”


Ya Allah,betapa hebatnya cinta Rabiatul Adawiyah kepadaMu,
Aku malu Ya Allah,
Seringkali diri ini cintakan makhlukMu melebihi diriMu,
sedangkan mereka semua akan meninggalkan diriku
namun diriMu sedetikpun tidak terlepas dari memerhatikanku
lemahnya diriku Ya Allah,
mencintai benda yang lemah sedangkan Engkau yang maha Berkuasa.
Ya Allah,jadikan cintaku kepadaMu sebagaimana cinta Rabiatul Adawiyah padaMu...
Ya Allah ,jadikan cintaku kepada mereka disekelilingku sprt ibubapaku,adik beradikku,sahabat2 seperjuanganku keranaMu dan ianya perantaan dalam mengapai cintaMu.

“Ya Allah! Ampunilah aku. Sesungguhnya hanya Engkau yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Hanya kasih-Mu yang abadi dan hanya hidup di sisi-Mu sahaja yang berkekalan. Selamatkanlah aku daripada tipu daya yang mengasyikkan.”

Sesungguhnya apa juga lintasan hati dan luahan rasa yang tercetus daripada kita bergantung kepada cara hati kita berhubung dengan Allah. Semakin kita kenali keluhuran cinta kepada Allah, maka bertambah erat pergantungan hati kita kepada Allah serta melahirkan keyakinan cinta dan kasih yang sentiasa subur.

Lanjutan itu jiwa kita tidak mudah berasa kecewa dengan gelagat sesama insan yang pelbagai ragam. Keadaan begini sebenarnya terlebih dahulu perlu dipupuk dengan melihat serta merenungi alam yang terbentang luas ini sebagai anugerah besar daripada Allah untuk maslahat kehidupan manusia. Kemudian cubalah hitung betapa banyaknya nikmat Allah kepada kita.

Dengan itu kita akan sedar bahawa kita sebenarnya hanya bergantung kepada Allah. Bermula dari sini kita akan mampu membina perasaan cinta terhadap Allah yang kemudian mesti diperkukuhkan dengan mencintai titah perintah Allah. Mudah-mudahan nanti kita juga akan menjadi perindu cinta Allah yang kekal abadi.