BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, September 28, 2009

Balik Mai dah...

Salam pertemuan,
Alhamdulillah,ana selamat tiba di kampus isyak ahad malam lepas...suatu perjalanan yang agak memenatkan...Cuti yang diberikan ana gunakan dengan cuba sebaiknya walaupun masih ada benda masih belum settle dan menuntut untuk diselesaikan..InsyaAllah..ana akan cuba.Dari raya pertama hinggalah ke hari raya ke 5,ana sibuk dan disibukkan dengan aktiviti ziarah,beraya,kenduri dan kembara..hehe..ada orang cakap ana raya ni berjalan sungguh...nak wat camna ,ana ni ikut orang(fmly),depa bawa jalan ana pun berjalan2 la..
Tapi raya kali ni,seronok sangat ziarah adik beradik arwah Tok ana...huhu..satu2 tok yang pernah tengok dan paling ana sayang..bila ziarah mereka,ana terkenangkan arwah tok..
Masa 3 syawal ,ana dan family ziarah Nek Chu dekat Kg Jerai..umurnya hampir menjangkau 90 tahun,kudratnya dah lemah,matanya dah tidak boleh melihat selepas terkena penyakit Chikunya dan pendengarannya juga sudah berkurangan namun bibirnya tidak putus2 berzikir memuji Yang Esa.. Terkejut ana bila mengetahui yang Nek Chu beratib(berzikir) sebanyak 7 ribu disedekahkan kepada Ayahnya,7 ribu kepada Ibunya dan tidak ketinggalan kepada adik beradiknya yg lain...Kagumnya ana,walaupun Nek Chu dah uzur tp tetap akan bangun untuk mengabdikan diri kepada Yang Esa..bilamana ana memikir Nek Chu,rasa diri ini amatlah kerdil...
YaAllah, malu rasanya.orang yang telah uzur pun zikirnya sampai beribu2,ana ni walaupun masih muda......huhu .Mari sama2 kita muhasabah diri balik,dalam sehari sebanyak mana kita mengingati Allah?....bukankah kalamullah Al-Quran ada ayat yang bermaksud lebih kurang begini "Dengan mengingati Allah hati kita akan menjadi tenang" Adakah kita mahu menjadi insan yang bilamana ditimpa kesusahan,atau malapetaka barulah nak mengingati Allah....
Renung2kan lah.....dimana letaknya kita?Moga kita menjadi hamba yang tidak lalai daripada mengingati Allah yang Esa walau sesibuk manapun kita...Amin

Dan cuba renungkan juga kata2 ini..
"sesungguhnya dalam hati manusia itu ada kesusahan yang tidak dapat dihilangkan kecuali dengan rasa Gembira kerana Allah.Dalam hati itu ada kedukaan yang tidak dapat diusir kecuali dengan rasa Senang memahami Allah.Dalam Hati itu juga ada kehendak yang tidak dapat ditutup kecuali dengan Mencintai Allah.Bertaubatlah kepadaNya,selalulah mengingatiNya dan Ikhlaslah kepadaNya....Daripada Ibnu Qayyim



P/s:Jika entri ini ada yang tersilap dan tersalah,harap ada teguran...Maaflah,diri yang lemah dan dhoif ini memohon ampun dan maaf andai ada salah dan silap....