BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, October 16, 2010

Bingkisan Dari Syria

Assalamualaikum....

Alhamdulilah,segala puji-pujian hanya kepada Allah atas segala nikmat yang telah diberikan kepada ana selama ini
Terlalu banyak nikmat yang Allah berikan buat ana...Alhamdulillah

Teringat ana akan nasihat Ukhti Nurul Izzati ,senior yang amat ana kagumi kerana ketokohannya,ibadahnya ,muamalatnya dan banyak lagi...sempat ana ber YM dengannya yang kini berada di bumi Syria...dititipkan nasihat ini apabila ana minta untuk beri sedikit taujihat buat ana
"Jadilah shbt Al-Quran dari situ,kita akn slalu dapat nasihat ,dapat teguran membina,dapat hikmah,dapat kegembiraan,dapat perisai kehidupan..."

Ya,betul.Jadilah sahabat Al-Quran kerana terlalu banyak manfaatnya buat kita...Al-Quran ibarat warkah cinta Allah Sang Pencipta buat hamba-hambanya... Mari kita perbanyakkan perbaiki diri,jadikanlah Al-Quran peneman kita yang setia.


Daripada Ibnu Umar r.a. berkata, sabda Rasulullah s.a.w, ”Sesungguhnya hati ini berkarat seperti mana berkaratnya besi apabila terkena air, seorang sahabat bertanya, “bagaimana menghapuskan karat tersebut’? Jawab Nabi s.a.w., banyakkan menyebut mati dan membaca al-Quran

Monday, October 4, 2010

Terbangun dari lena....

Assalamualaikum,

Bismillahirrahmanirrahim,

  Kebelakangan ini,banyak ana memikir,merenung segala-galanya tentang diri ana..Bila terfikir menitis air mata,sebak di hati.Ya Allah,kuatkan hambaMu yg lemah ini...Rupa-rupanya,hikmah sebaliknya,ana tahu siapa ana sebenarnya,siapa ana disisiMu Ya Allah,siapa ana disisi hamba2Mu...Terlalu banyak kekurangan diri,banyak sangat.....selama ini ana fikir dah buat yang terbaik,rupanya tidak...Alhamdulillah,Allah sedarkan diri ini yang telah banyak leka kemanisan dunia .disangka telah banyak buat kebaikan,rupanya tidak...disangka telah jadi yang terbaik,rupanya tidak...Ujian yang berat ini Allah beri untuk sedarkan diri ana dari terus terleka.Satu tamparan yang besar sehingga terjaga dari tidur yang penuh tipu daya syaitan....Ya Allah,Aku memohon keampunanMu,ampunlah daku atas segala dosa2ku,Ya Allah,Janganlah Engkau tinggalkan diriku Ya Allah..Aku redha atas semua yang berlaku ...Biarlah apa yang berlaku,janganlah Engkau pinggirkan diriku...Hanya kepadaMu sahaja tempat aku bergantung harap...Aku redha Ya Allah,Tabahkanlah hatiku ,kuatkanlah semangatku,ubatilah rasa sedih dihatiku....Berikanlah diriku kekuatan untuk bangkit semula,untuk perbaiki diri  yang banyak kekurangannya dan pelajaranku dan paling penting perjuanganku demiMu Ya Allah,Rasulullah,ibubapaku,fmlyku dan dirinya....ana nak bangkit semula,nak buat betul2 dan nak jaga mereka betul2 kerana hanya mereka yang ana ada...ana tak sanggup ditinggalkan lagi.Tak sanggup menerima perpisahan lagi.
Mak n abah,mak n Pak,maafkan anakmu yang telah banyak leka selama ini...InsyaAllah,kak long akan bangkit semula,cuba letakkan kesedihan ditepi,kak long tak nak mak n abah dan mak n pak kecewa dengan kak long.....Hanya antum yang kak long ada...
kak long  nak jadi hamba yang terbaik,anak yg terbaik,pelajar yang terbaik,pejuang yang terbaik,insyaAllah,isteri yang terbaik dan ibu yang terbaik,jadi ana kena sungguh2,tiada lagi main2,lupakan yg sedih2....:)Cuba lengkapkan diri untuk jd yang terbaik buat diri ana...semampu ana ....


Ya Allah,makbulkanlah permintaanku .Ku bersyukur atas segalanya......


Kepada semua sahabat dan yang mengenali diri ini,disini ana ingin memohon maaf atas segalanya....Doakan ana ya..... ,ana akan cuba jadi sahabat yang baik semampu ana...   
              
Ya Allah, aku kena bangkit smula....dah banyak ketinggalan nie,moga masih sempat mgutip segala mutiara ilmu sebagai persiapan diri ...Ya Allah,permudahkan urusanku,hilangkan segala kesedihan yang melanda diriku......





Saturday, August 14, 2010

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan...=)

AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN  =)

"What you are determine what you see"
Jika kamu lihat Ramadhan sebagai bulan rezeki murah,berniaga laku,kuruskan badan dll, hanya itu yang kamu dapat .Namun,jika kamu lihat Ramadhan sebagai bulan untuk meningkatkan ibadah,menghapus dosa2 lalu,untuk mendekatkan diri kepada ALLAH dll,maka dapatlah begitu ,dan itulah  yang sebaiknya...
Sahabat-sahabat ana nak pilih yang mana?
Mari kita betulkan MENTALITI kita dahulu.....(Mentaliti kita terhadap bulan Ramadhan)

Bagaimana kita hendak lihat bulan Ramadhan ni?
Lihatlah dengan cara pandang orang yang beriman....

Moga -moga Ramadhan kali ini adalah Ramadhan terbaik kita,dan peluang kita mendekatkan diri kepada ALLAH,peluang menghapus dosa-dosa lalu,peluang untuk memperbaiki diri dan bersihkan hati....(nasihat buat diri sendiri dan sahabat)
Chaiyok.....
     Chaiyok.....
           "Mari kita gali peluang tambah pahala dan peluang hapuskan dosa "
(kuatkan diri ya Rokiah....)

Thursday, August 5, 2010

Rintihan ...................

Assalamualaikum.....
(Pagi Jumaat yang indah)
   Ya Allah,
    Lama diri ini merenung,
    Bagaimana diriku kini,
    Menghadapi hidup yang semakin singkat ini,
    Bertambah baik atau sebaliknya

    Ya Allah,
     Diri ini diuji,
     Mampukah aku menghadapinya,
     Hati ini merintih,
     Rasa sepi dikala ramai disekeliling

     Ya Allah,
     Bantulah aku,
     Jangan tinggalkan diri ini seorang ,
     Jangan biar diriku makin jauh
     Ku ingin bertemuMu dalam keadaan Engkau tersenyum padaku,
     Bukan dalam keadaan Engkau berpaling dari melihatku.....

    Ya Allah,kasihanilah hambaMu ini...
    Panjangkanlah umurku dalam keberkatan...Ameen


............................Rindu sahabat-sahabat............................................=)
    

Tuesday, July 27, 2010

Si Cantik dalam Taman Budi dan Ilmu...:)

Bismillahirrahmanirrahim....
Tiba-tiba terasa jari-jemariku ingin menari-nari untuk mencoretkan 'sesuatu ' yang telah melanda bumi UIA sejak dua minggu ini..apakah itu?ianya adalah Rama-rama..Dalam dua minggu ini banyak sekali rama-rama berterbangan di bumi UIA ini hinggakan ramai sahabat ana merasakan rama-rama tersebut mengikut mereka ke mana sahaja mereka pergi,aneh,ana pun pernah terdetik begitu..Begitulah,kemana-mana kita pergi dalam Taman Budi dan Ilmu ini kita akan terserempak dengan rama-rama yang sungguh cantik sekali...


                                             Subhanallah,cantiknya.....

kata orang:apabila pandangan kita dihiasi Rama-rama,kita menjadi suka dan ceria..

Monday, July 26, 2010

Pengajaran dari kisah Thalut dan Jalut

Assalamualaikum....
   Lama diri ini tidak menjenguk blog kesayangan ini atas sedikit kesibukan minggu ini atau sengaja menyibukkan diri..mm...alhamdulillah,diberi peluang untuk berbakti atas jalan perjuangan ini.Moga Allah berikan ana kekuatan dalam mengharungi tanggungjawab sebagai hamba,anak,pelajar dan diberi amanah dalam perjuangan Islam...
kuatkan hambaMu ini Ya Allah...istiqamahkan diriku atas jalan perjuangan ini..Amin.
   Teringat ana kisah Talut dan Jalut yang disampaikan oleh Presiden Gamis Ust Idris dalam satu majlis.
Antara Talut dan Jalut yang man baik dan yg mana jahat?1 formula yg ana dapat ialah talut dari  ط dalam bahasa arab طاعة dan jalut dari ج yakni جهيل ,jadi Talut adalah baik dan Jalut adalah jahat...
Talut telah dilantik menjadi menjadi Ketua tentera @Raja oleh Nabi Samuel ,tapi perlantikannya dipertikaikan oleh masyarakat bahkan diremehkan kerana Talut dari adalah orang desa biasa sahaja.

"Bagaimana Talut memperoleh kerajaan atas kami, sedangkan kami lebih berhak atas kerajaan itu daripadanya, dan dia tidak diberi kekayaan yang banyak?" jawab mereka.
"Allah telah memilihnya menjadi raja kamu dan memberikan kelebihan ilmu dan kekuatan. Allah memberikan kerajaan-Nya kepada siapa yang Dia kehendaki dan Allah Mahaluas, Maha Mengetahui," jawab Nabi Samuel.



       Ketika Talut membawa bala tenteranya sejumlah 80 Ribu orang (riwayat lain 300 Ribu orang) untuk melawan tentara Jalut termasuk didalamnya Nabi Daud. Talut berkata, "Allah akan menguji kamu dengan sebuah sungai. Maka barang siapa meminum airnya, dia bukanlah pengikutku. Dan barang siapa tidak meminumnya, maka dia adalah pengikutku kecuali mengambil secukupnya dengan tangan"
Tibalah mereka pada sebuah sungai antara Urdus (Jordan) dan palestin nafsu mereka mengalahkan segalanya. Banyak dari tentara Talut melanggar perintah tersebut dengan meminum air sepuas-puasnya pada sungai tersebut. Dan tentara Talut menyusut menjadi 319 orang (riwayat lain, 313) yang tetap taat terhadap perintah Talut dengan minum secukupnya.
      Setelah itu, mereka meneruskan perjalanan, Talut dan orang-orang yang beriman bersamanya menyeberangi sungai itu, mereka yang tidak taat  berkata, "Kami tidak kuat lagi pada hari ini melawan Jalut dan bala tenteranya".
      Namun, bagi mereka yang meyakini bahwa mereka akan menemui Allah pula berkata, "Betapa banyak kelompok kecil mengalahkan kelompok besar dengan izin Allah. Dan Allah berserta orang-orang yang sabar."
Maka, semakin berkuranglah tentera Talut yang terus berjuang. Mereka berhasil melewati ujian-ujian Allah. Mereka sangat kuat dan bersemangat. Mereka tidak seperti orang-orang yang luntur iman mereka, yang telah  keluar sebelum sempat berhadapan dengan bala tentera Jalut.
      Dan ketika mereka maju melawan Jalut dan tenteranya, mereka berdoa, "Ya Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami, kukuhkanlah langkah kami dan tolonglah kami menghadapi orang-orang kafir"
Meskipun dengan jumlah tentara yang sedikit, Talut tetap maju melawan Jalut. Kedua pasukan pun bertemu dan terjadilah perang tanding satu lawan satu. Daud juga mendapat giliran. Ia berani melawan Jalut, pemimpin pasukan lawan. Melihat sosok kecil Daud, Jalut meremehkannya dengan menggertak, " Enyahlah kau, aku tidak suka membunuh anak kecil." Tidak mau kalah, Daud menyahut, " Aku suka membunuhmu." Serangan Daud ternyata merepotkan Jalut. Daud mampu mengalahkan, bahkan membunuh Jalut. Dengan demikian, pasukan Talut memetik kemenangan. Keberhasilan Daud ini menjadi buah bibir di kalangan Bani Israil.
      Sedikit bukan bermakna lemah atau perlu menyerah...mari kita jadi seperti Talut walaupun pada akhirnya tenteranya menjadi sedikit tapi beliau tetap optimis dan berusaha bersungguh-sungguh dan Allah berikannya kemenangan..Allahuakbar...dan bilamana kita buat kerja islam dan bilangan yang buatnya sedikit,jangan rasa lemah atau mengalah,optimislh...buat yang terbaik..insyaAllah Allah akan permudahkannya untuk kita..

Friday, June 11, 2010

........................tanpa tajuk

Perlukah

Album :
Munsyid : Forheart
http://liriknasyid.com


menitis air mataku
hilangnya sahabat sejati
yang riang dikau ku merindu
persahabatan abadi

setiap detik teringatkan dikau
walaupun kau pergi membawa diri
kasih sayang kita tidak terjangkau
ditemukan impian yang murni

perlukah daku ditinggalkan
perlukah engkau melupakanku
perlukah ada rasa kesangsian
perlukah ada rasa rindu

Menitis air mata mendengar lagu ini,sedih dihati hanya Allah yang lebih mengetahui hati ini....
Ya Allah,kuatkan diriku.... Tabahkanlah hati ini....

...Exam .....

Assalamualaikum,

    Alhamdulillah,setelah beberapa minggu ,akhirnya tiba juga minggu -minggu yg mendebarkan...minggu exam..
Semester ini hanya 2 subjek sahaja yg diambik iaitu Bahasa Melayu Lanjutan dan Quranic and prophetic Text(QPT) ...Ucapan terima kasih tidak terhingga buat Ust Hanafi dan Cikgu Mascitah...Segala ilmu,nasihat dan teguran yang  diberi amatlh berguna buat diri ini agar cemerlang dunia dan Akhirat nanti...Terima kasih atas segalanya,hanya Allah yang dapat membalasnya...
  Alhamdulillah,segala suka dan duka yang ana dapat sepanjang short sem ini akan menjadikan ana lebih matang mendepani hari...Biarpun bgitu,ada satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan dalam short sem ni,alhamdulillah,Allah panjangkan lagi umur ini....

Chaiyok3,4 exam...Maat taufik wannajah...ana ingin memohon maaf atas segala kesalahan samaada sengaja ataupun tidak.....

Tuesday, June 1, 2010

Ihzimhum,ihzimhum,ihzimhum,wansurna 'alaihim...........

Assalamualaikum,sahabat-sahabat yang ana kasihi..
Mari kita baca doa Qunut nazilah dalam setiap waktu solat dan  buat  solat hajat utk para aktivis n mujahid supaya selamat dari  serangan israel laknatullah dan doakan agar mereka dapat myampaikan bantuan kemanusiaan tersebut kepada rakyat Palestin.Ya Allah,selamatkan mereka semua dari israel lakntullah.. ameen

Monday, May 24, 2010

Terkilan

Assalamualaikum,

  Sepatutnya, hujung minggu ini ana bersama kak husni akan pulang ke kampung ana kerana beberapa urusan penting,namun ada hal lain yang menghalang...terkilan sedikit tidak dapat pulang sedangkan dah inform kt mak dgn abah  tp tak mengapalah Allah tahu apa yang terbaik buatku.

Sunday, May 23, 2010

Ukhwah Fillah

Bismillahirrahmanirrahim,

Selemah-lemah ukhwah adalah berlapang dada dan sekuat-kuat ukhwah adalah "ithar"(melebihkan sahabat melebihi diri sendiri)

Ya Allah,
Kau kurniakan daku sahabat,
Engkau jadikanlah diriku sahabat yang baik buatnya,
yang rela susah dan senang bersamanya...

Ya Allah,
diriku bahagia melihatnya tersenyum ceria
ku bahagia mendengar coletehnya biarpun agak "gege"

ku mohon kepada-Mu Ya Allah,
Bahagiakanlah dirinya dunia dan akhirat,
Sembuhkanlah penyakitnya,
kuatkan dirinya untuk menghadapi ujian dan dugaan-Mu,
Tabahkanlah dirinya,
Engkau permudahkanlah  segala urusannya

Ya Allah,
Engkau kuatkan daku untuk melihat senyumannya.....
Sesungguhnya diriku amat menyayanginya dunia dan akhirat keranaMu Ya Allah...

Sunday, May 9, 2010

Teruja

Alhamdulillah,berkesempatan ikut berkonvoi dengan bas dlm convoy Gaza dan berpeluang turun padang untuk mengutip derma untuk Palestin di 3 buah kampung dan sebelah petangnya mengikuti ceramah da n berehat di Masjid Negara.Malamnya,dpt mengikuti konsert lifeline 4Gaza...ramai yang datang dari dekat dan jauh..teruja dengan persembahan kumpulan Shautul harakah...
p/s:alhamdulillah,dapat banyak kutipan untuk disumbangkan buat rakyat Palestin...

Entri Khas buat Mak....

Bismillahirrahmanirrahim,

Selamat Hari Ibu buat Ibu kesayangan ana,Puan Che Ah dan Puan Jamnah Bakar...
Terima kasih kerana sanggup bersusah payah mengandung,melahirkan , membesarkan dan mendidik  kak long  selama ini...
Mak, (Puan Che Ah)
 Demi kebahagiaan rumah tangga  adik mak,mak sudi serahkan anak perempuan bongsu mak untuk dipelihara mereka dari kecil hinggalah sekarang.Dahulu masa kak long kecil,kak long pelik knapa setiap kali mak datang,mak mesti minta nak tidor dgn kak long dekat rumah tok(belakang rumah ana),kak long pun seronok la tapi bila tengah malam ,kak long kejutkan tok suruh hantar kak long balik rumah,kak long nak tido kat rumah.Setiap kali begitu..kesian mak.mesti mak sedih bila bangun,kak long tak ada disebelah.Maafkan kak long mak...masa tu kak long tak tau mak adalah mak kandung kak long...

Mak,(Puan Jamnah)
Kak long teringat jiran kita mak su pernah bgtau masa kecil kak long sakit penat(asma)  teruk jugak..Setiap bulan mak terpaksa simpan RM80 daripada gajinya yang tak seberapa itu untuk rawatan  kak long di hospital.Suatu hari,penat (asma) kak long teruk sangat hingga kak long kebiru biruan,mak tak tau nak wat pa,hanya menangis kuat sambil memanggil jiran kami...Hinggakan mak su bagitau,kalau tengok keadaan kak long ketika itu,tidak sangka kak long masih hidup lagi sekarang.Mak dah banyak berkorban masa dan tenaga dan duit demi membesarkan dan mendidik kak long agar menjadi insan berguna dunia dan akhirat biarpun kak long bukan anak kandung mak.Alhamdulillah,Allah panjangkan umur kak long agar dapat kak long berbakti  dan berkhidmat kepada  kedua  orang ibu ana dan kedua org ayah ana dan masyarakat dan yang paling penting buat Islam tercinta..

Ada yang bertanya antara mak kandung dengan mak angkat,mana yang kak long paling sayang?
Dua2 kak long sayang,mak....
Selamat Hari Ibu mak....

Sunday, May 2, 2010

Semester 3,mampukah?

Assalamualaikum,

Semester 3 baru seminggu bermula,moga ianya permulaan yang baik buat ana...dan shbat sekalian..

Ya Allah,engkau permudahkanlah segala urusanku,
Jika Engkau mengetahui sesuatu itu terbaik buatku,agamaku,kesudahanku samaada cepat atupun lambat,
Maka,Engkau tentukanlah buatku,
Engkau permudahkanlah untukku,
Engkau berikanlah kekuatan padaku untk menghadapinya,
Ya Allah,Engkau berikanlah kepadaku kebaikan dunia dan akhirat....
Ameen...Ya Allah.

moga2,dipermudahkan diriku untuk buat yang terbaik untk short semester ini dan semester2 seterusnya.Kuatkanlah kakiku untuk meneruskan perjuangan ini di bumi UIA...


Saturday, April 3, 2010

Perkongsian; Hantu

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum,

Disini ada suatu kisah tentang realiti dunia hari ini.
Suatu hari ,telah keluar tiga sekawan ke JJ(Jaya Jusco) untuk membeli sedikit barang smbil menghiburkan salah seorang sahabatnya yang kehilangan pursenya pd pagi tersebut..
Kemudian tiga sahabat tersebut pergi ke sebuah kedai makan di dlm pasaraya tersebut kerana kelaparan dan kebetulan UIA tiada elektrik ketika itu dan cafe2 semua tutup..Ketika hendak keluar dari kedai tersebut,tiba2
"ayah,apa itu ayah?Hantu aeh?"
Sambil menahan gelak,ayahnya berkata:"eh,tak la.akak tu pakai tudung tu..."

Dan ketika hendak pulang,di koridor jalan terserempak mereka dengan seorang auntie ,umurnya dalam empat puluhan keatas..apabila lalu disebelahnya,auntie itu berkata:
Uuh..macam hantu..(dengan suara yg ditekan2 macam marah).Terkejut besar mereka.

Dan ketika sampai di Terminal Putra,terserempak mereka dengan seorang budak lelaki dalam umur 4 tahun..dia berkata:
Eh2,hantu...

Maka,sedikit terdiam sahabat itu,hilang sudah celotehnya cerianya dengan tiga insiden tersebut..Sahabt2 disisi memberi kata semangat supaya senyumannya kembali terukir...

Dipanggil hantu kerana ianya berpurdah.Sahabat tersebut tak kisah pun biarlah apa orang nk kata pun kerana sebelum2 ni dh pernah berlaku dah tp selalunya budak2 kecil shj tp hatinya sedikit terkilan dgn kata2 auntie tersebut kerana nada suaranya seperti nk marah .

Inilah masyarakat kita,apabila wanita yang menutup aurat elok dipandang pelik tetapi
yang auratnya terbuka dan terdedah sana dan sini sudah menjadi perkara biasa..Tak mau pakai tudung sebab panas la,dan macam2 lg..Yang mengamalkn Islam dipandang pelik tp yang mengikut budaya barat di sanjung tinggi..sedihnya hati ini...

Ya Allah,
ku impikan Islam dijulang dan semua rakyat mengamalkan cara hidup Islam yang sebenarnya...Ku impikn Islam dipegang,tersemat dihati dan budaya barat yg merosakkan dibuang jauh2..Ya Allah,berikan mereka pertunjuk, hidayah dan TaufiqMu kerana mereka saudara SeIslamku..dan Ya allah, Engkau thabatkanlh kami dalam perjuangan ini dan apa yang kami bawa.




P/s:Doakan shbt itu thabat dengan apa yg dia pilih...

Friday, March 26, 2010

Exam bermula...

Assalamualaikum....

Minggu yang paling2 menyibukkan telah tiba.....Pelbagai perasaan datang melanda,menempuh hari demi hari untuk menilai ilmu didada...Adakah dirimu telah bersedia?Bagaimana persiapanmu untk mghadapinya?Namun,jangan dilupa persiapan rohani agar dirimu lebih terjaga,berdoalah agar dipermudahkan segalanya..
Walaupun diminggu exam ,banyak kerja dan tanggungjawap menanti.Ingatlah wahai hati tentang janji Allah dalam kalam sucinya:

" Wahai orang-orang yang beriman,jika kamu menolong agama Allah,niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" surah Muhammad:7

Bittaufik wannajah kepada semua....
buat persiapan yang Terbaik,
Jaga Amalan dan Ibadah,dan perbanyakkanlah,
Jaga kesihatan Diri,
Moga kejayaan milik kita.InsyaAllah.

(Ana nk mintak maaf andai ada terguris,tersalah kata dan bicara ,ksalahan dan kesilapan,ana mohon dimaafkan....)

Tuesday, March 23, 2010

Selamat Pengantin Baru....

Assalamualaikum,



Selamat Pengantin Baru buat kak Chik,Puan Siti Asa & Abg Khirwan.Moga bahagia dan berkekalan dunia Akhirat....






Selamat Pengantin Baru buat sahabat ana Hijatunnajah bt Ishak bersama suaminya..
Moga bahagia dan berkekalan dunia Akhirat...
Teringat ana ketika belajar syair arab dengan Ustaz Che Majid berkaitan nasihat seorang ibu kepada anakya sebelum perkahwinannya..Dititipkan nasihat ini buat kak chik,sahabat ana hijrah dan kakak2 senior ana yang baru berkahwin.

Nasihat Seorang Bapa Abdullah bin Jaafar bib Abi Talib berpesan kepada anaknya dihari pernikahan anaknya:-

"Anakku,berhati-hatilah engkau,Jangan bersifat cemburu kerana cemburu itu adalah kunci penceraian.Berhati-hatilah engkau jangan banyak menegur (berleter) terhadap suamimu kerana menegur itu menimbulkan kebencian.Sentiasalah memakai celak (penghitam alis mata) kerana celak itu sebaik-baik perhiasan.


Pesanan Seorang Ibu Kepada Anak Gadisnya.Amru bin Hujru (Raja Kindah) berkahwin dengan Ummu Iyyas binti Auf bin Muhallam As Syaibani.Sebelum berlangsungnya perkahwinan itu,ibu Ummu Iyyas masuk bertemu anaknya dan berpesan:-

"Anakku,jagalah baik-baik sepuluh perkara,kelak engkau akan memiliki perbendaharaan rumahtangga."

1. Hormatilah suamimu dengan menggembirakan hatinya.

2. Turutilah perintah suamimu sebaik-baiknya.

3. Awasilah sorotan kedua matanya jangan sampai suamimu itu melihat sesuatu yang buruk padamu.

4. Awasilah hidungnya jangan sampai ia mencium bau,kecuali bau yang paling sedap dan nyaman.

5. Awasilah suamimu waktu tidurnya jangan sampai terganggu kerana menggangu orang yang sedang tidur itu membawa kemarahan.

6. Awasilah suamimu waktu makannya jangan sampai ia lapar kerana gangguan lapar yang berturut-turut itu menimbulkan kemarahan.

7. Jagalah harta benda suamimu dengan cermat dan aturkanlah keluar masuknya dengan sebaik-baiknya.

8. Jagalah anak-anak dan keluarganya serta pembantu-pembantu rumahtangga suamimu.


9. Janganlah menentang perintah suamimu kerana hal itu akan menyedihkan hatinya.


10. Janganlah engkau membuka rahsia suamimu kerana kalau engkau membuka rahsianya engkau tidak akan selamat dari pembalasannya. Kemudian berhati-hatilah engkau jangan sampai engkau gembira dihadapannya padahal ia dalam keadaan sedih.Sebaliknya jangan engkau bersedih dihadapannya di kala ia sedang bergembira"

Asthma binti khariyah Fazari telah berkata kepada puterinya pada hari pernikahan anaknya itu:

"Hai anakku,kini engkau akan keluar dari sarang dimana engkau dibesarkan.Engkau akan berpindah ke sebuah rumah dan hamparan yang belum engkau kenali.itulah suamimu.Jadilah engkau tanah bagi suamimu (taat perintahnya) dan ia akan jadi langit bagimu (tempat bernaung). Jadilah engkau lantai supaya ia menjadi tiangnya.Jangan engkau bebani ia dengan pelbagai kesukaran kerana itu akan memungkinkan ia meninggalkanmu.Kalau ia mendekatimu,dekatilah ia dan jika ia menjauhimu maka jauihilah ia dengan baik.Peliharalah benar-benar suamimu itu akan hidungnya,pendengarannya,matanya dan lain-lain.Jangan biarkan suamimu itu mencium sesuatu darimu melainkan yang harum.Jangan pula ia mendengar melainkan yang enak dan janganlah ia melihat melainkan yang indah sahaja padamu.

Sunday, March 7, 2010

Cinta padaMu









Rasulullah bersabda:-
'Allah berfirman:Tidak henti-hentinya hambaKu mendekatkan diri kepadaKu dengan sunnah sehingga Aku mencintainya.Apabila Aku mencintainya Aku akan menjadi pendengarannya yang dengannya digunakan mendengar dan penglihatannya yang dengannya digunakan melihat.'
Riwayat Bukhari dan Abu Hurairah r.a

Moga hamba yang dikatakan dalam hadis tersebut adalah kita.

C-I-N-T-A


Bismillahirrahmanirrahim.....

Ya Allah,
Aku cinta padaMu kerana dua sisi cinta,
Cintakan diriMu dan cinta kerana Engkau patut cintai.
Aku cinta akan diriMu,
aku selalu mengingatiMu,bukan yang selainMu.
Adapun cinta kerana Engkau patut dicinta,
aku tidak mengetahui alam sebelum tahu diriMu.
Tiada puji dalam hal ini,dan itu bagi diriku,
tetapi puji dalam hal ini,dan itu hanya milikMu...

Begitu syair serikandi Muslimah sejati,Rabiatul Adawiyah mengambarkan betapa dalamnya cintanya kepada Penciptanya,Allah..

Kecintaan Rabi’ah kepada Allah berjaya melewati pengharapan untuk beroleh syurga Allah semata-mata.

“Jika aku menyembah-Mu kerana takut daripada api neraka-Mu maka bakarlah aku di dalamnya! Dan jika aku menyembah-Mu kerana tamak kepada syurga-Mu maka haramkanlah aku daripadanya! Tetapi jika aku menyembah-Mu kerana kecintaanku kepada-Mu maka berikanlah aku balasan yang besar, berilah aku melihat wajah-Mu yang Maha Besar dan Maha Mulia itu.”


Ya Allah,betapa hebatnya cinta Rabiatul Adawiyah kepadaMu,
Aku malu Ya Allah,
Seringkali diri ini cintakan makhlukMu melebihi diriMu,
sedangkan mereka semua akan meninggalkan diriku
namun diriMu sedetikpun tidak terlepas dari memerhatikanku
lemahnya diriku Ya Allah,
mencintai benda yang lemah sedangkan Engkau yang maha Berkuasa.
Ya Allah,jadikan cintaku kepadaMu sebagaimana cinta Rabiatul Adawiyah padaMu...
Ya Allah ,jadikan cintaku kepada mereka disekelilingku sprt ibubapaku,adik beradikku,sahabat2 seperjuanganku keranaMu dan ianya perantaan dalam mengapai cintaMu.

“Ya Allah! Ampunilah aku. Sesungguhnya hanya Engkau yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Hanya kasih-Mu yang abadi dan hanya hidup di sisi-Mu sahaja yang berkekalan. Selamatkanlah aku daripada tipu daya yang mengasyikkan.”

Sesungguhnya apa juga lintasan hati dan luahan rasa yang tercetus daripada kita bergantung kepada cara hati kita berhubung dengan Allah. Semakin kita kenali keluhuran cinta kepada Allah, maka bertambah erat pergantungan hati kita kepada Allah serta melahirkan keyakinan cinta dan kasih yang sentiasa subur.

Lanjutan itu jiwa kita tidak mudah berasa kecewa dengan gelagat sesama insan yang pelbagai ragam. Keadaan begini sebenarnya terlebih dahulu perlu dipupuk dengan melihat serta merenungi alam yang terbentang luas ini sebagai anugerah besar daripada Allah untuk maslahat kehidupan manusia. Kemudian cubalah hitung betapa banyaknya nikmat Allah kepada kita.

Dengan itu kita akan sedar bahawa kita sebenarnya hanya bergantung kepada Allah. Bermula dari sini kita akan mampu membina perasaan cinta terhadap Allah yang kemudian mesti diperkukuhkan dengan mencintai titah perintah Allah. Mudah-mudahan nanti kita juga akan menjadi perindu cinta Allah yang kekal abadi.

Thursday, February 11, 2010

Kehadirannya yang dinanti

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum,

Minggu ini merupakan minggu yang agak sibuk hingga menyebabkan diri ini kadangkala agak beremosi sedikit..Banyak kerja,asignment,midterm exam menuntut diri untuk mengerahkan kudrat yang ada biarpun tak seberapa.Kesihatan diri pun agak tidak menentu,mungkin kerana terlalu penat..Air mata kadangkala menemani diri...
Ya Allah,Engkau Kuatkan semangat hambaMu ini....rintihan hatiku.

Nasihat mak bilamana ana mengadu tentang diri:Kuatkan semangat sikit,jaga kesihatan diri,Zakiah pergi sana kan nak belajar,belajarlah sungguh2.Mak sentiasa doakan anak-anak mak....Terima kasih mak.

Namun kehadiran seorang insan di suatu petang merungkai dan menghilangkan segala keletihan dan beban diri...

Di suatu petang,ketika membuka pintu bilik,terkejut ana bilamana terdengar bunyi tangisan bayi.eh,biar betul ni...kenapa ada bayi menangis plak?bisik hatiku.
Teguran kak ain ,salah sorang roomate ana merungkai segala persoalan di hati.
Rokiah,mari sini.Ni kawan kak ain(housemate masa sekolah dulu)dan ini anaknya Iman(seorang bayi perempuan yang sangat comel).Rupanya kakak tersebut baru sahaja menamatkan pengajian dan suaminya sedang mengambil master di UIA.
Dan sepanjang petang itu,ana bermain dengannya.Kak Ain berkata:Oooo..iman,dah jumpa Cik kiah tak hiraukan orang lain dah..Nak dengan Cik Kiah dia ja(huhu..dapat gelaran cik kiah) Seronok ana bermain dengannya,melayani teletahnya,terasa hilang segala keletihan dan kepenatan diri..Terkejut ana,rupanya Iman tak berapa nak dengan orang lain kecuali Umi dgn abahnya sahaja,tp dengan ana dia nak pula..bila dia nangis,nampak ana terus senyum..dan minta didukungkan,jadi bila ana ambik dia dapatlah umi yang sedang mengandung lebih kurang lima bulan untuk merehatkan diri sebentar kerana iman hanya nak dengan uminya sahaja..Dan sebelum pulang,ketika nak bersalam dengannya,tiba2 dia hulurkan tangan supaya ana ambik dia..."íman tak nak balik ka?nak duduk dgn Cik Kiah ka?"soal uminya.

mm...subhanaAllah,bilamana ana melihat Iman,terasa sangat lapang dan tenang.Hilang sebentar segala masalah melanda...Ramai yang mengatakan bila kita melihat bayi,kanak2 kecil terasa tenang seperti tiada masalah kerana mereka ibarat kain yang putih,ibubapalah yang mencorakkan mereka..samaada baik ataupun buruk.
Doa dan harapanku,agar Iman menjadi anak yang solehah dan menjadi pewaris mata rantai perjuangan Rasulullah tercinta..





huhu...rindunya iman,hingga mimpi2 ana.
"Kak ain,bila Iman nak datang lagi",soal ana keesokannya...

Friday, January 15, 2010

Wahai Hati....

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum,

Rasulullah s.a.w. bersabda: “Semua di kalangan kamu akan masuk syurga kecuali mereka yang enggan. Sahabat bertanya: Siapa yang enggan itu wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Sesiapa yang taat kepadaku akan masuk syurga dan sesiapa yang berbuat maksiat kepadaku mereka itulah yang enggan.”


Wahai diri,
dimanakah dikau?
engkau dikalangan golongan pertama yang dambakan Syurga?
atau dikalangan golongan yang kedua?

hati berkata "ish...mestilah nak golongan yang pertama,takkan golongan kedua plak.. "
tapi sedar atau tidak banyak mana amalan yang engkau buat untuk melayakkan diri untuk berada di kalangan golongan pertama?

Bagaimana solatmu?Adakah ianya terjaga?Cukup lima waktu sehari semalam?Adakah ianya dibuat di awal waktu?khusyukkah??
Bagaimana dengan munajatmu dengan Sang Pencipta?Qiamullai??
Bagaimana dengan amalan2 sunat yang lain?banyakkah yang di buat?

Wahai hati....
Sedarkah kamu jikalau hubungan kamu dengan Allah tidak settle lagi,
bagaimana pula dengan makhluknya nanti?
Bagaimana hubungan kamu dengan IbuBapamu?adik beradik?sahabat2 dan insan2 di sekeliling kamu?
mungkin itulah sebabnya dirimu cepat su'uzzhon dengan sahabat2.....
cepat terasa dan pelbagai perasaan yang bukan2...

Wahai Hati...
Ingatlah wahai mata rantai perjuangan Islam!
Apabila dirimu telah disenaraikan dalam sof Perjuangan,
maka tabiat generasi ini mesti berbeza dari tabiat generasi umum,sahsiah mesti ditingkatkan,akhlak mesti berbeza,fikrah mesti semakin matang ,nilai ucapan dan kata2 biarlah berharga ,pandangan mestilah bernas,kesungguhan berkerja dan merancang mestilah semakin tinggi,tabiat buruk mestilah dibuang jauh-jauh,sumbangan mestilah bertambah,muhasabah diri sendiri

Kehidupan manusia berhubung rapat dengan jiwa. Malah segala tindak-tanduk manusia terarah dalam rangka usaha membersih dan menyucikan jiwa bagi mendapat matlamat hidup dan beroleh kejayaan di dunia dan di akhirat serta mengelakkan diri daripada melakukan maksiat kepada Allah s.w.t. dan Rasul-Nya yang boleh mencemarkan jiwa. Proses pembersihan jiwa ini, haruslah menuruti beberapa langkah seperti berikut :

1. Taubat.
Taubat bermaksud mengosongkan diri daripada seluruh dosa dan maksiat dan menyesal ke atas dosa-dosa lalu dan berazam untuk tidak mengulanginya pada masa hadapan sepanjang umurnya. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat nasuha, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai…” (At-Tahrim: 8).

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Wahai sekalian manusia, bertaubatlah kepada Allah. Sesungguhnya aku bertaubat kepada-Nya sebanyak 100 kali sehari.”

Sesungguhnya manusia biasa seperti kita, tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan. Apatah lagi di sekeliling kita wujud musuh-musuh Allah yang terdiri daripada syaitan dan iblis serta hawa nafsu yang sentiasa mendorong kita untuk melakukan maksiat. Oleh yang demikian, kita hendaklah sentiasa bertaubat daripada kesalahan dan maksiat yang dilakukan dengan kadar segera. Taubat yang kita lakukan hendaklah secara sungguh-sungguh untuk membersihkan diri daripada segala kekotoran dosa dan berazam untuk tidak mengulanginya lagi atau taubat yang dikenali dengan taubat nasuha.

2. Muraqabah.
Muraqabah bererti sentiasa merasakan diri kita ini diawasi oleh Tuhan pada setiap detik dan ketika, dan berasa yakin bahawa hanya Allah s.w.t. yang berhak ditaati, Dialah yang Maha Mengetahui setiap rahsia dan perbuatan kita. Bilamana seseorang Muslim ini sentiasa menerapkan perasaan yang sedemikian dalam dirinya, maka ia akan sentiasa mengingati Allah s.w.t., berasa lapang dada kerana keyakinannya itu dan sentiasa gemar ingin berdampingan dengan Allah dengan beribadah kepada-Nya. Malah ia akan sentiasa ingat dan waspada, andai kejahatan yang dilakukan pasti Allah mengetahuinya, walaupun orang lain tidak.
Kebaikan

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: “Dan sesiapa yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah (dengan ikhlas) sedang ia berusaha mengerjakan kebaikan, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh. Dan (ingatlah) kepada Allah jualah kesudahan segala urusan.” (Luqman : 22).

Rasulullah s.a.w. bersabda : “Beribadahlah kamu kepada Allah seolah-olah kamu melihat-Nya, sekiranya kamu tidak dapat melihat-Nya, maka ketahuilah bahawa Dia melihat kamu.”
Ulama salaf as-soleh, Sufyan as-Sauri berkata: “Hendaklah kamu bermuraqabah kepada Allah yang tidak tersembunyi daripada-Nya sesuatu pun, dan hendaklah kamu berharap kepada-Nya yang memiliki perjanjian, dan hendaklah kamu sentiasa berwaspada kepada-Nya yang memiliki seksaan.”

3. Muhasabah.
Muhasabah bererti menghitung dan mengimbas kembali perlakuan kita seharian, sama ada amalan yang kita lakukan lebih cenderung ke arah ketakwaan atau lebih cenderung ke arah maksiat. Sekiranya amalan kehidupan kita berada di tahap yang dimurkai Allah s.w.t., maka segeralah memohon keampunan kepada-Nya dan bertaubat serta menyesal dan seterusnya melakukan amal kebajikan.

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah, dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (daripada amal-amalnya) untuk hari esok (Hari Akhirat). Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Meliputi pengetahuan-Nya akan segala yang kamu kerjakan.” (Al-Hasyr : 18)

Umar al-Khattab pernah berkata: “Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisabkan.” Di dalam kehidupan ini, seharusnya manusia memerhatikan perihal ketaatan, kemaksiatan, faktor-faktor yang merugikan dan faktor-faktor yang menguntungkan dirinya setiap masa. Dalam perkara menghitung diri ini, ada baiknya juga seseorang individu itu mempunyai borang harian atau pertanyaan-pertanyaan diri bagi tujuan mengenal pasti kekurangan dan kelebihan diri dalam amal ibadah kepada Allah s.w.t. Andai tidak berkesempatan, memadailah bertanya diri sendiri apakah hari ini, lebih baik dari semalam dan bagaimana pula dengan hari esok? Adakah kewajipan diriku sebagai hamba Allah telah tertunai ?

4. Mujahadah.
Mujahadah bermaksud berjuang dan berusaha bersungguh-sungguh melawan hawa nafsu yang senantiasa memujuk rayu diri kita melakukan perkara keji dan mungkar. Allah s.w.t. menjanjikan bahawa sesiapa yang bermujahadah, maka ia akan diberi petunjuk jalan-jalan Allah. Dan Allah s.w.t. akan tetap bersama orang yang baik. Hawa nafsu yang ada pada manusia itu berupa satu cabaran kepada kekuatan iman dan pemikiran kita dalam menentukan keputusan tindakan kita. Andai jalan yang baik dipilih, maka bersihlah jiwa kita dan andai tewas dengan kemahuan hawa nafsu amarah itu, maka semakin kotorlah jiwa kita di sisi Allah s.w.t.
Sesungguhnya seorang hamba Allah itu tidak akan dapat mengawal hawa dan nafsunya sekiranya ia mengharapkan ada orang lain yang akan mengawalnya. Ia tidak boleh menyalahkan orang lain sekiranya ia tidak dapat mengawal hawa nafsunya. Kawalan dari dalam diri sendiri itu adalah yang terpenting, seperti pepatah Melayu, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.


5. Takwa
Selain itu, pendekatan diri dengan Allah s.w.t. adalah penting agar kekuatan dapat dibina sekukuhnya dengan wujudnya iman dan takwa setiap diri. Apabila seorang insan itu mempunyai iman dan takwa yang tertanam kukuh dalam dirinya, maka syaitan tidak akan dapat mempengaruhinya untuk mengikut kata nafsu jahat yang dapat merosakkan diri.
Dengan dua senjata inilah, seorang insan itu akan mampu mengalahkan syaitan dan hawa nafsu yang merupakan musuh utama setiap manusia yang bernyawa. Apabila kita menjadi insan yang bertakwa, maka kita tidak akan menghampiri segala jenis kekejian yang boleh merosakkan kita. Bisikan syaitan dan hawa nafsu akan dapat kita tepis. Kalau ki-ta takutkan Allah, bermaksud kita takutkan hukuman Allah, takutkan neraka Allah, takutkan seksa Allah di alam kubur dan di akhirat kelak. Apabila kita benar-benar percaya dan yakin dengan seksaan Allah, maka kita tentunya tidak akan melakukan sesuatu yang dimurkai Allah.

Kesimpulannya, hendaklah kita sentiasa membersihkan jiwa dan mengawasinya daripada perkara-perkara keji dan mungkar agar kita beroleh kejayaan berupa syurga Allah yang kekal abadi. Allah s.w.t. berfirman: “Adapun orang yang takutkan keadaan semasa ia berdiri di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya), serta ia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu, Maka sesungguhnya Syurgalah tempat kediamannya.” An-Naazi’at : 40 -41).


mari musabah diri deh!!!!!Chaiyok...Chaiyok,Rokiah.....
perbaiki diri....