BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, August 18, 2009

Buat Sahabat ,

Assalamualaikum,

(Dalam aku mncari reda Ilahi,jiwaku perlukn Mutiara ihsan,kalbuku perlukn permata iman,agar driku indah dgn Nikmat ISLAM ...tetapi bgaimana hrus ku mrasai smua itu tanpa bantuan TEMAN yg menjadikan diriku menuju ke sisiMU Tuhan...Hadirkanlh ia dlm perjalanan Hidupku untk slamanya...Amin)

Buat sahabat-sahabat yang dikasihi kerana Allah,

Tidak tergambar dihati ini,tanpa ku sedari dalam kesibukan melayari aktiviti seharian,diri ini begitu rindukan kalian...terlalu rindukan sahabat-sahabat ukhwah fillah atas dasar aqidah dan perjuangan....rindukan masthura DQ,kak Adila Hs,Mahirah,mjdah,Huda,Haini,Nadia,Atikah,Kak imah,Kak Farah,Ainul,Syafiah,Rhodiyah kedah,Kak Ni' nur Ain(kak ubi),kak Nuha,kak ain,rodiah phang dan shbt2 lain yang x tertulis ana disini....

Teringat saat-saat bertemu kalian buat pertama kalinya,saat-saat ketika sama-sama berkerja demi Islam tercinta dan hingga ke saat ini...biarpun selalu bertemu dan berselisih ketika ke kelas,namun diri ini masih rindukan kalian....rindukan nasihat2 kalian,rindukan sentuhan lembut kalian,senyuman kalian.....Ya Allah,ana merindui saat2 dahulu....
Kepada semua sahabat yg ana kasihi,terima kasih yang tidak terhingga atas segalanya dan terima kasih atas segala dorongan ,nasihat,teguran kalian selama ini kepada ana...terima kasih atas tarbiah kalian...
Disini juga ana nk ucapkan terima kasih yg tidak terhingga buat seorang shbt yang amat ana hormati,terima kasih banyk2 atas nasihat,teguran dan kata2 dorongan kepada ana selama ini...InsyaAllah,ana akn genggam erat2 nasihat2 tersebut.. Doakan ana kuat ya..."bersama2 mengharungi segala cabaran dan dugaan dalam perjuangan menegakkan Islam yg tercinta"kata2 tersebut akan selalu ana ingat dan pegang,,,InsyaAllah...

"Ya Allah,Engkau mengetahui diri ini,Aku tidak mengetahui...Aku reda Ya Allah,jika ini adalah terbaik buatku, Ya Allah Engkau kuatkan langkahku,hatiku dan diriku, untuk menghadapi cabaran di sana"

p/s:Ana sentiasa doakan kalian moga terus kuat dan istiqomah dalam menghadapi dugaan yg mendatang demi Islam Tercinta...

Sunday, August 9, 2009

Ahlan wa Sahlan Ya Ramadhan....



Assalamualaikum,
Alhamdulillah,dengan rahmat dan Inayahnya dapat ana mencoretkan sepatah dua kata di entri ini.Besar harapan ana,agar penulisan ini memberi manfaat kepada sahabat-sahabat diluar sana walaupun sedikit dan mendapat ganjaran dari Rabbul Alamin...InsyaAllah.
InsyaAllah,lebih kurang 6 hari lagi umat Islam akan bertemu dengan satu bulan yang amat-amat dinanti oleh seluruh umat Islam yakni Bulan Ramadhan Al-Mubarak.
mm...Apakah keistimewaan bulan ramadhan ini??

  • Bulan diturunkan kitab suci Al-Quran (2:185)
  • Bulan penuh berkah.
  • Bulan penuh keampunan sebagaiman hadis Nabi SAW (Orang yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala,maka baginya Allah mengampuni dosa-dosanya yang lalu.)
  • Pembuka Pintu Syurga dan penutup Pintu neraka.
  • Syaitan-syaitan dibelenggu.

Bagaimana kita hendak menyambutnya?

  • Sambut dengan gembira dan penuh kesyukuran.
  • Hadirkan Ramadhan dalam hati sebagai bulan yang ditunggu-tunggu dan dicintai.
  • Jadikan Ramadhan waktu yang paling besar dan agung.
  • Jadikan bulan Syaaban sebagai bulan persediaan menyambut Ramadhan.
  • Siapkan hati dan jiwa menjelang ramadhan,bertaubat kepada Allah dan tekad dalam diri untuk jadikan Ramadhan kali ini adalah yang terbaik berbanding tahun-tahun sebelumnya
Sahabat-sahabat yang diingati selalu,Marilah kita sama-sama mempersiapkan diri untuk menghadapi Ramadhan kali ini dan berlumba2 untuk mencari pahala...insyaAllah...
Moga2,Ramadhan kita kali ini lebih baik dari sebelumnya....Ameen

Friday, July 31, 2009

Mari Berhibur

Salam,
Esok bertempat di Stadium Melawati,Shah Alam akan diadakan KONSERT ANTARA DUNIA 09 anjuran GAMIS(Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia) bersama Rabbani Production .Antara barisan Artis yang terlibat seperti Rabbani,Hijjaz,Raihan dan kumpulan dari Indonesia yakni Shoutul Harakah dan sebuah kumpulan dari negara Arab(x ingat kumpulan apa).
InsyaAllah,Konsert bermula dari pukul 8.00 malam hingga 11 malam..

p/s:Jom sama-sama memeriahkannya...jumpa di sana(^_^)

Wednesday, July 15, 2009

RINDU...

Salam sahabat-sahabat,

Hampir seminggu ana meniti liku-liku kehidupan di bumi UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA,GOMBAK...Macam-macam perasaan bermain dihati ,sedih gembira,teruja,rindu dan lain-lain...hehe...

Paling terasa ketika ana baru pulang dari kelas suatu hari,terdengar mesej dari hanset kesayangan ana masuk bilamana lagu Ayat-ayat Cinta berkumandang..
"ish,sapa ya anta mesej ni??
Terharu ana bila membacanya...

"kak long sihat..hadi sihat" tiba-tiba hati ini makin rindukan fmly nun jauh di Baling,Kedah..bila terbaca mesej yg dhantar adik ana yang baru berumur 8 tahun..teruja an dpt mesej tersebut.."betul ka hadi tulis ni"soal ana...Pandai pulak dia taip mesej..
terus jari ini menekan nombor mak ana...

Hallo,Assalamulaikum,mak eh...dok buat apa??hehe (soaln wajib ditanya setiap kali ana telefon mak...walaupun hampir setiap hari telefon...hehe,ada orang kata ana ni anak mak,bilaman ana ajukan pada mak tentang ini mak tersenyum.." biar la depa kata hang anak mak pun(manja)"kata mak.
kembali kepada telefon tadi...selepas menjawap salam terus mak bertanya"hadi anta mesej ka??"
Ana-betul ka mak hadi taip mesej tu,ka orang lain yang taipkan??
Mak-"ha'ah la,dia yang taip
mesej tu"berbunga hati ana bila tau adik ana rindukan ana...Hadi,kak long rindukan hadi..

Friday, July 10, 2009

Perjuangan bermula.....

Salam ,

Alhamdulillah,kini ana telah bergelar mahasiswa UIA Gombak...Taaruf week baru sahaja berakhir 9 hb yang lepas...Menitis air mata selepas berbaiah sebagai Pelajar UIA,terasa beban yang tergalas agak berat.Terbayang wajah mak ayah,mak tih ,mak jah,tok dan orang-orang yang banyak membantu diri ini hingga ke tahap ini..Disini perjuanganku yang sebenar bakal bermula..Moga ALLAH kuatkan diri ini untuk menempuhi dugaan ini dan dipermudahkan segalanya..Amin.. insyaAllah,ana akan cuba buat yang terbaik dan tidak akan mempersiakan pengorbanan kalian..




p/s: harap -harap dapat berjuang bersama2 shbt2...

Wednesday, June 24, 2009

Salam Mujahidah,

Sedih hati ini tidak dapat bersama-sama sahabat-sahabat semester depan..
Sedih juga diri ini mengingatkan sahabat-sahabat tidak jemu-jemu memberi kata peransang,cadangan dan pertolongan pada ana selama ini terutamanya disaat ini... Terima kasih kalian.Alhamdulillah,ana bersyukur dikurniakan sahabat-sahabat seperti kalian...shbt dunia akhirat...Maafkan ana tidak dapat mengikuti rehlah bersama kalian dan tidak dpt bersama kalian semester depan..Mungkin ada hikmah di sebaliknya...
"Ya Allah,Engkau mengetahui diri ini,Aku tidak mengetahui...Aku reda Ya Allah,jika ini adalah terbaik buatku, Ya Allah Engkau kuatkan langkahku,hatiku dan diriku, untuk menghadapi cabaran di sana..."

Moga diri ini dapat bersama kalian jugak nanti,insyaAllah.

Wednesday, May 27, 2009

Mengenali lelaki dan wanita

Salam,
dalam menghabiskan cuti di rumah yang agak panjang ,masa-masa berharga ini ana isikan dengan membaca artikel-artikel menarik yang diberikan shbt ana,Masthura...(rindunya dia)yang sekarang berjihad untuk menjadi seorang Hafizah.
Ini ana nak kongsikan dengan shbt2 sekalian:-

Ada baiknya kalau kita sudah tahu akan perkara ini sekurang-kurangnya kita tidak cepat melenting jika berlaku apa-apa isu antara kaum ADAM dan HAWA dan saya juga ingin tambah iaitu betapa beratnya menjadi seorang lelaki, diantaranya adalah seperti berikut:-

Lelaki

1. lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

2. lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN !

3. Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab keatas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, menakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN !

4. Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak di bayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung. Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.

Wanita

1. - wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.

2. - wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.

3. - wanita saksinya kurang berbanding lelaki.

4. - wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.

5. - wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

6. - wanita wajib taat kpd suaminya tetapi suami tak perlu taat pd isterinya (taat kepada ibunya).

7. - talak terletak di tgn suami dan bukan isteri.

8. - wanita kurang dlm beribadat kerana masalah haid dan nifas yg tak ada pada lelaki. Pernahkah kita lihat sebaliknya?? Benda yg mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yg tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah- sepah bukan? itulah bandingannya dgn seorg wanita. Wanita perlu taat kpd suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita? wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya utk menyara isteri dan anak-anak. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap
4 wanita ini:

Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu

Syurga yg disukainya cukup dgn 4 syarat shj:

Sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya. (betulkan jika saya tersilap).

Seorg lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala org pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH... sayangnya ALLAH pada wanita .... kan?

Segala kebaikan itu datang dari Allah SWT dan segala kelemahan itu datangnya dari diri saya sendiri.

Jadi,bersyukurlah kita dilahirkan sebagai wanita,walaupun ada yang mengatakan susahnya untuk menjadi seorang wanita...renung-renungkanlah....