BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, March 23, 2010

Selamat Pengantin Baru....

Assalamualaikum,



Selamat Pengantin Baru buat kak Chik,Puan Siti Asa & Abg Khirwan.Moga bahagia dan berkekalan dunia Akhirat....






Selamat Pengantin Baru buat sahabat ana Hijatunnajah bt Ishak bersama suaminya..
Moga bahagia dan berkekalan dunia Akhirat...
Teringat ana ketika belajar syair arab dengan Ustaz Che Majid berkaitan nasihat seorang ibu kepada anakya sebelum perkahwinannya..Dititipkan nasihat ini buat kak chik,sahabat ana hijrah dan kakak2 senior ana yang baru berkahwin.

Nasihat Seorang Bapa Abdullah bin Jaafar bib Abi Talib berpesan kepada anaknya dihari pernikahan anaknya:-

"Anakku,berhati-hatilah engkau,Jangan bersifat cemburu kerana cemburu itu adalah kunci penceraian.Berhati-hatilah engkau jangan banyak menegur (berleter) terhadap suamimu kerana menegur itu menimbulkan kebencian.Sentiasalah memakai celak (penghitam alis mata) kerana celak itu sebaik-baik perhiasan.


Pesanan Seorang Ibu Kepada Anak Gadisnya.Amru bin Hujru (Raja Kindah) berkahwin dengan Ummu Iyyas binti Auf bin Muhallam As Syaibani.Sebelum berlangsungnya perkahwinan itu,ibu Ummu Iyyas masuk bertemu anaknya dan berpesan:-

"Anakku,jagalah baik-baik sepuluh perkara,kelak engkau akan memiliki perbendaharaan rumahtangga."

1. Hormatilah suamimu dengan menggembirakan hatinya.

2. Turutilah perintah suamimu sebaik-baiknya.

3. Awasilah sorotan kedua matanya jangan sampai suamimu itu melihat sesuatu yang buruk padamu.

4. Awasilah hidungnya jangan sampai ia mencium bau,kecuali bau yang paling sedap dan nyaman.

5. Awasilah suamimu waktu tidurnya jangan sampai terganggu kerana menggangu orang yang sedang tidur itu membawa kemarahan.

6. Awasilah suamimu waktu makannya jangan sampai ia lapar kerana gangguan lapar yang berturut-turut itu menimbulkan kemarahan.

7. Jagalah harta benda suamimu dengan cermat dan aturkanlah keluar masuknya dengan sebaik-baiknya.

8. Jagalah anak-anak dan keluarganya serta pembantu-pembantu rumahtangga suamimu.


9. Janganlah menentang perintah suamimu kerana hal itu akan menyedihkan hatinya.


10. Janganlah engkau membuka rahsia suamimu kerana kalau engkau membuka rahsianya engkau tidak akan selamat dari pembalasannya. Kemudian berhati-hatilah engkau jangan sampai engkau gembira dihadapannya padahal ia dalam keadaan sedih.Sebaliknya jangan engkau bersedih dihadapannya di kala ia sedang bergembira"

Asthma binti khariyah Fazari telah berkata kepada puterinya pada hari pernikahan anaknya itu:

"Hai anakku,kini engkau akan keluar dari sarang dimana engkau dibesarkan.Engkau akan berpindah ke sebuah rumah dan hamparan yang belum engkau kenali.itulah suamimu.Jadilah engkau tanah bagi suamimu (taat perintahnya) dan ia akan jadi langit bagimu (tempat bernaung). Jadilah engkau lantai supaya ia menjadi tiangnya.Jangan engkau bebani ia dengan pelbagai kesukaran kerana itu akan memungkinkan ia meninggalkanmu.Kalau ia mendekatimu,dekatilah ia dan jika ia menjauhimu maka jauihilah ia dengan baik.Peliharalah benar-benar suamimu itu akan hidungnya,pendengarannya,matanya dan lain-lain.Jangan biarkan suamimu itu mencium sesuatu darimu melainkan yang harum.Jangan pula ia mendengar melainkan yang enak dan janganlah ia melihat melainkan yang indah sahaja padamu.

Sunday, March 7, 2010

Cinta padaMu









Rasulullah bersabda:-
'Allah berfirman:Tidak henti-hentinya hambaKu mendekatkan diri kepadaKu dengan sunnah sehingga Aku mencintainya.Apabila Aku mencintainya Aku akan menjadi pendengarannya yang dengannya digunakan mendengar dan penglihatannya yang dengannya digunakan melihat.'
Riwayat Bukhari dan Abu Hurairah r.a

Moga hamba yang dikatakan dalam hadis tersebut adalah kita.

C-I-N-T-A


Bismillahirrahmanirrahim.....

Ya Allah,
Aku cinta padaMu kerana dua sisi cinta,
Cintakan diriMu dan cinta kerana Engkau patut cintai.
Aku cinta akan diriMu,
aku selalu mengingatiMu,bukan yang selainMu.
Adapun cinta kerana Engkau patut dicinta,
aku tidak mengetahui alam sebelum tahu diriMu.
Tiada puji dalam hal ini,dan itu bagi diriku,
tetapi puji dalam hal ini,dan itu hanya milikMu...

Begitu syair serikandi Muslimah sejati,Rabiatul Adawiyah mengambarkan betapa dalamnya cintanya kepada Penciptanya,Allah..

Kecintaan Rabi’ah kepada Allah berjaya melewati pengharapan untuk beroleh syurga Allah semata-mata.

“Jika aku menyembah-Mu kerana takut daripada api neraka-Mu maka bakarlah aku di dalamnya! Dan jika aku menyembah-Mu kerana tamak kepada syurga-Mu maka haramkanlah aku daripadanya! Tetapi jika aku menyembah-Mu kerana kecintaanku kepada-Mu maka berikanlah aku balasan yang besar, berilah aku melihat wajah-Mu yang Maha Besar dan Maha Mulia itu.”


Ya Allah,betapa hebatnya cinta Rabiatul Adawiyah kepadaMu,
Aku malu Ya Allah,
Seringkali diri ini cintakan makhlukMu melebihi diriMu,
sedangkan mereka semua akan meninggalkan diriku
namun diriMu sedetikpun tidak terlepas dari memerhatikanku
lemahnya diriku Ya Allah,
mencintai benda yang lemah sedangkan Engkau yang maha Berkuasa.
Ya Allah,jadikan cintaku kepadaMu sebagaimana cinta Rabiatul Adawiyah padaMu...
Ya Allah ,jadikan cintaku kepada mereka disekelilingku sprt ibubapaku,adik beradikku,sahabat2 seperjuanganku keranaMu dan ianya perantaan dalam mengapai cintaMu.

“Ya Allah! Ampunilah aku. Sesungguhnya hanya Engkau yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Hanya kasih-Mu yang abadi dan hanya hidup di sisi-Mu sahaja yang berkekalan. Selamatkanlah aku daripada tipu daya yang mengasyikkan.”

Sesungguhnya apa juga lintasan hati dan luahan rasa yang tercetus daripada kita bergantung kepada cara hati kita berhubung dengan Allah. Semakin kita kenali keluhuran cinta kepada Allah, maka bertambah erat pergantungan hati kita kepada Allah serta melahirkan keyakinan cinta dan kasih yang sentiasa subur.

Lanjutan itu jiwa kita tidak mudah berasa kecewa dengan gelagat sesama insan yang pelbagai ragam. Keadaan begini sebenarnya terlebih dahulu perlu dipupuk dengan melihat serta merenungi alam yang terbentang luas ini sebagai anugerah besar daripada Allah untuk maslahat kehidupan manusia. Kemudian cubalah hitung betapa banyaknya nikmat Allah kepada kita.

Dengan itu kita akan sedar bahawa kita sebenarnya hanya bergantung kepada Allah. Bermula dari sini kita akan mampu membina perasaan cinta terhadap Allah yang kemudian mesti diperkukuhkan dengan mencintai titah perintah Allah. Mudah-mudahan nanti kita juga akan menjadi perindu cinta Allah yang kekal abadi.

Thursday, February 11, 2010

Kehadirannya yang dinanti

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum,

Minggu ini merupakan minggu yang agak sibuk hingga menyebabkan diri ini kadangkala agak beremosi sedikit..Banyak kerja,asignment,midterm exam menuntut diri untuk mengerahkan kudrat yang ada biarpun tak seberapa.Kesihatan diri pun agak tidak menentu,mungkin kerana terlalu penat..Air mata kadangkala menemani diri...
Ya Allah,Engkau Kuatkan semangat hambaMu ini....rintihan hatiku.

Nasihat mak bilamana ana mengadu tentang diri:Kuatkan semangat sikit,jaga kesihatan diri,Zakiah pergi sana kan nak belajar,belajarlah sungguh2.Mak sentiasa doakan anak-anak mak....Terima kasih mak.

Namun kehadiran seorang insan di suatu petang merungkai dan menghilangkan segala keletihan dan beban diri...

Di suatu petang,ketika membuka pintu bilik,terkejut ana bilamana terdengar bunyi tangisan bayi.eh,biar betul ni...kenapa ada bayi menangis plak?bisik hatiku.
Teguran kak ain ,salah sorang roomate ana merungkai segala persoalan di hati.
Rokiah,mari sini.Ni kawan kak ain(housemate masa sekolah dulu)dan ini anaknya Iman(seorang bayi perempuan yang sangat comel).Rupanya kakak tersebut baru sahaja menamatkan pengajian dan suaminya sedang mengambil master di UIA.
Dan sepanjang petang itu,ana bermain dengannya.Kak Ain berkata:Oooo..iman,dah jumpa Cik kiah tak hiraukan orang lain dah..Nak dengan Cik Kiah dia ja(huhu..dapat gelaran cik kiah) Seronok ana bermain dengannya,melayani teletahnya,terasa hilang segala keletihan dan kepenatan diri..Terkejut ana,rupanya Iman tak berapa nak dengan orang lain kecuali Umi dgn abahnya sahaja,tp dengan ana dia nak pula..bila dia nangis,nampak ana terus senyum..dan minta didukungkan,jadi bila ana ambik dia dapatlah umi yang sedang mengandung lebih kurang lima bulan untuk merehatkan diri sebentar kerana iman hanya nak dengan uminya sahaja..Dan sebelum pulang,ketika nak bersalam dengannya,tiba2 dia hulurkan tangan supaya ana ambik dia..."íman tak nak balik ka?nak duduk dgn Cik Kiah ka?"soal uminya.

mm...subhanaAllah,bilamana ana melihat Iman,terasa sangat lapang dan tenang.Hilang sebentar segala masalah melanda...Ramai yang mengatakan bila kita melihat bayi,kanak2 kecil terasa tenang seperti tiada masalah kerana mereka ibarat kain yang putih,ibubapalah yang mencorakkan mereka..samaada baik ataupun buruk.
Doa dan harapanku,agar Iman menjadi anak yang solehah dan menjadi pewaris mata rantai perjuangan Rasulullah tercinta..





huhu...rindunya iman,hingga mimpi2 ana.
"Kak ain,bila Iman nak datang lagi",soal ana keesokannya...

Friday, January 15, 2010

Wahai Hati....

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum,

Rasulullah s.a.w. bersabda: “Semua di kalangan kamu akan masuk syurga kecuali mereka yang enggan. Sahabat bertanya: Siapa yang enggan itu wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Sesiapa yang taat kepadaku akan masuk syurga dan sesiapa yang berbuat maksiat kepadaku mereka itulah yang enggan.”


Wahai diri,
dimanakah dikau?
engkau dikalangan golongan pertama yang dambakan Syurga?
atau dikalangan golongan yang kedua?

hati berkata "ish...mestilah nak golongan yang pertama,takkan golongan kedua plak.. "
tapi sedar atau tidak banyak mana amalan yang engkau buat untuk melayakkan diri untuk berada di kalangan golongan pertama?

Bagaimana solatmu?Adakah ianya terjaga?Cukup lima waktu sehari semalam?Adakah ianya dibuat di awal waktu?khusyukkah??
Bagaimana dengan munajatmu dengan Sang Pencipta?Qiamullai??
Bagaimana dengan amalan2 sunat yang lain?banyakkah yang di buat?

Wahai hati....
Sedarkah kamu jikalau hubungan kamu dengan Allah tidak settle lagi,
bagaimana pula dengan makhluknya nanti?
Bagaimana hubungan kamu dengan IbuBapamu?adik beradik?sahabat2 dan insan2 di sekeliling kamu?
mungkin itulah sebabnya dirimu cepat su'uzzhon dengan sahabat2.....
cepat terasa dan pelbagai perasaan yang bukan2...

Wahai Hati...
Ingatlah wahai mata rantai perjuangan Islam!
Apabila dirimu telah disenaraikan dalam sof Perjuangan,
maka tabiat generasi ini mesti berbeza dari tabiat generasi umum,sahsiah mesti ditingkatkan,akhlak mesti berbeza,fikrah mesti semakin matang ,nilai ucapan dan kata2 biarlah berharga ,pandangan mestilah bernas,kesungguhan berkerja dan merancang mestilah semakin tinggi,tabiat buruk mestilah dibuang jauh-jauh,sumbangan mestilah bertambah,muhasabah diri sendiri

Kehidupan manusia berhubung rapat dengan jiwa. Malah segala tindak-tanduk manusia terarah dalam rangka usaha membersih dan menyucikan jiwa bagi mendapat matlamat hidup dan beroleh kejayaan di dunia dan di akhirat serta mengelakkan diri daripada melakukan maksiat kepada Allah s.w.t. dan Rasul-Nya yang boleh mencemarkan jiwa. Proses pembersihan jiwa ini, haruslah menuruti beberapa langkah seperti berikut :

1. Taubat.
Taubat bermaksud mengosongkan diri daripada seluruh dosa dan maksiat dan menyesal ke atas dosa-dosa lalu dan berazam untuk tidak mengulanginya pada masa hadapan sepanjang umurnya. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat nasuha, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai…” (At-Tahrim: 8).

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Wahai sekalian manusia, bertaubatlah kepada Allah. Sesungguhnya aku bertaubat kepada-Nya sebanyak 100 kali sehari.”

Sesungguhnya manusia biasa seperti kita, tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan. Apatah lagi di sekeliling kita wujud musuh-musuh Allah yang terdiri daripada syaitan dan iblis serta hawa nafsu yang sentiasa mendorong kita untuk melakukan maksiat. Oleh yang demikian, kita hendaklah sentiasa bertaubat daripada kesalahan dan maksiat yang dilakukan dengan kadar segera. Taubat yang kita lakukan hendaklah secara sungguh-sungguh untuk membersihkan diri daripada segala kekotoran dosa dan berazam untuk tidak mengulanginya lagi atau taubat yang dikenali dengan taubat nasuha.

2. Muraqabah.
Muraqabah bererti sentiasa merasakan diri kita ini diawasi oleh Tuhan pada setiap detik dan ketika, dan berasa yakin bahawa hanya Allah s.w.t. yang berhak ditaati, Dialah yang Maha Mengetahui setiap rahsia dan perbuatan kita. Bilamana seseorang Muslim ini sentiasa menerapkan perasaan yang sedemikian dalam dirinya, maka ia akan sentiasa mengingati Allah s.w.t., berasa lapang dada kerana keyakinannya itu dan sentiasa gemar ingin berdampingan dengan Allah dengan beribadah kepada-Nya. Malah ia akan sentiasa ingat dan waspada, andai kejahatan yang dilakukan pasti Allah mengetahuinya, walaupun orang lain tidak.
Kebaikan

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: “Dan sesiapa yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah (dengan ikhlas) sedang ia berusaha mengerjakan kebaikan, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh. Dan (ingatlah) kepada Allah jualah kesudahan segala urusan.” (Luqman : 22).

Rasulullah s.a.w. bersabda : “Beribadahlah kamu kepada Allah seolah-olah kamu melihat-Nya, sekiranya kamu tidak dapat melihat-Nya, maka ketahuilah bahawa Dia melihat kamu.”
Ulama salaf as-soleh, Sufyan as-Sauri berkata: “Hendaklah kamu bermuraqabah kepada Allah yang tidak tersembunyi daripada-Nya sesuatu pun, dan hendaklah kamu berharap kepada-Nya yang memiliki perjanjian, dan hendaklah kamu sentiasa berwaspada kepada-Nya yang memiliki seksaan.”

3. Muhasabah.
Muhasabah bererti menghitung dan mengimbas kembali perlakuan kita seharian, sama ada amalan yang kita lakukan lebih cenderung ke arah ketakwaan atau lebih cenderung ke arah maksiat. Sekiranya amalan kehidupan kita berada di tahap yang dimurkai Allah s.w.t., maka segeralah memohon keampunan kepada-Nya dan bertaubat serta menyesal dan seterusnya melakukan amal kebajikan.

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah, dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (daripada amal-amalnya) untuk hari esok (Hari Akhirat). Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Meliputi pengetahuan-Nya akan segala yang kamu kerjakan.” (Al-Hasyr : 18)

Umar al-Khattab pernah berkata: “Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisabkan.” Di dalam kehidupan ini, seharusnya manusia memerhatikan perihal ketaatan, kemaksiatan, faktor-faktor yang merugikan dan faktor-faktor yang menguntungkan dirinya setiap masa. Dalam perkara menghitung diri ini, ada baiknya juga seseorang individu itu mempunyai borang harian atau pertanyaan-pertanyaan diri bagi tujuan mengenal pasti kekurangan dan kelebihan diri dalam amal ibadah kepada Allah s.w.t. Andai tidak berkesempatan, memadailah bertanya diri sendiri apakah hari ini, lebih baik dari semalam dan bagaimana pula dengan hari esok? Adakah kewajipan diriku sebagai hamba Allah telah tertunai ?

4. Mujahadah.
Mujahadah bermaksud berjuang dan berusaha bersungguh-sungguh melawan hawa nafsu yang senantiasa memujuk rayu diri kita melakukan perkara keji dan mungkar. Allah s.w.t. menjanjikan bahawa sesiapa yang bermujahadah, maka ia akan diberi petunjuk jalan-jalan Allah. Dan Allah s.w.t. akan tetap bersama orang yang baik. Hawa nafsu yang ada pada manusia itu berupa satu cabaran kepada kekuatan iman dan pemikiran kita dalam menentukan keputusan tindakan kita. Andai jalan yang baik dipilih, maka bersihlah jiwa kita dan andai tewas dengan kemahuan hawa nafsu amarah itu, maka semakin kotorlah jiwa kita di sisi Allah s.w.t.
Sesungguhnya seorang hamba Allah itu tidak akan dapat mengawal hawa dan nafsunya sekiranya ia mengharapkan ada orang lain yang akan mengawalnya. Ia tidak boleh menyalahkan orang lain sekiranya ia tidak dapat mengawal hawa nafsunya. Kawalan dari dalam diri sendiri itu adalah yang terpenting, seperti pepatah Melayu, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.


5. Takwa
Selain itu, pendekatan diri dengan Allah s.w.t. adalah penting agar kekuatan dapat dibina sekukuhnya dengan wujudnya iman dan takwa setiap diri. Apabila seorang insan itu mempunyai iman dan takwa yang tertanam kukuh dalam dirinya, maka syaitan tidak akan dapat mempengaruhinya untuk mengikut kata nafsu jahat yang dapat merosakkan diri.
Dengan dua senjata inilah, seorang insan itu akan mampu mengalahkan syaitan dan hawa nafsu yang merupakan musuh utama setiap manusia yang bernyawa. Apabila kita menjadi insan yang bertakwa, maka kita tidak akan menghampiri segala jenis kekejian yang boleh merosakkan kita. Bisikan syaitan dan hawa nafsu akan dapat kita tepis. Kalau ki-ta takutkan Allah, bermaksud kita takutkan hukuman Allah, takutkan neraka Allah, takutkan seksa Allah di alam kubur dan di akhirat kelak. Apabila kita benar-benar percaya dan yakin dengan seksaan Allah, maka kita tentunya tidak akan melakukan sesuatu yang dimurkai Allah.

Kesimpulannya, hendaklah kita sentiasa membersihkan jiwa dan mengawasinya daripada perkara-perkara keji dan mungkar agar kita beroleh kejayaan berupa syurga Allah yang kekal abadi. Allah s.w.t. berfirman: “Adapun orang yang takutkan keadaan semasa ia berdiri di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya), serta ia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu, Maka sesungguhnya Syurgalah tempat kediamannya.” An-Naazi’at : 40 -41).


mari musabah diri deh!!!!!Chaiyok...Chaiyok,Rokiah.....
perbaiki diri....

Friday, January 8, 2010

........Bersalah??

Bismillahirrahmanirrahim.



Duhai Sahabat....
Diriku rindu kalian.....
Maafkan diri ini,kerana banyak menguris perasaan kalian....
menyangka diri dah buat yang terbaik untuk kalian...
rupanya tidak...diriku tertipu ...
menyangka diriku memahami kalian...
rupanya tidak....
Diriku tiada disaat kalian berduka,
diriku tiada saat kalian memerlukan bahuku...

Ya Allah,
kejamkah diri ini...
membiarkan mereka merasai kehilanganku....
membuat mereka jauh hati denganku...

YaAllah,
Adakah diriku sahabat yang baik buat mereka?

Sahabat,
Maafkan diriku,maafkan sahabatmu ini....