Assalamualaikum,
Alhamdulillah,setelah beberapa minggu ,akhirnya tiba juga minggu -minggu yg mendebarkan...minggu exam..
Semester ini hanya 2 subjek sahaja yg diambik iaitu Bahasa Melayu Lanjutan dan Quranic and prophetic Text(QPT) ...Ucapan terima kasih tidak terhingga buat Ust Hanafi dan Cikgu Mascitah...Segala ilmu,nasihat dan teguran yang diberi amatlh berguna buat diri ini agar cemerlang dunia dan Akhirat nanti...Terima kasih atas segalanya,hanya Allah yang dapat membalasnya...
Alhamdulillah,segala suka dan duka yang ana dapat sepanjang short sem ini akan menjadikan ana lebih matang mendepani hari...Biarpun bgitu,ada satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan dalam short sem ni,alhamdulillah,Allah panjangkan lagi umur ini....
Chaiyok3,4 exam...Maat taufik wannajah...ana ingin memohon maaf atas segala kesalahan samaada sengaja ataupun tidak.....
Friday, June 11, 2010
...Exam .....
Posted by رقية بنت محمد يوسف at 8:15 PM 0 comments
Tuesday, June 1, 2010
Ihzimhum,ihzimhum,ihzimhum,wansurna 'alaihim...........
Mari kita baca doa Qunut nazilah dalam setiap waktu solat dan buat solat hajat utk para aktivis n mujahid supaya selamat dari serangan israel laknatullah dan doakan agar mereka dapat myampaikan bantuan kemanusiaan tersebut kepada rakyat Palestin.Ya Allah,selamatkan mereka semua dari israel lakntullah.. ameen
Posted by رقية بنت محمد يوسف at 9:10 PM 0 comments
Monday, May 24, 2010
Terkilan
Assalamualaikum,
Posted by رقية بنت محمد يوسف at 11:27 PM 1 comments
Labels: Luahan hati kecilku..
Sunday, May 23, 2010
Ukhwah Fillah
Bismillahirrahmanirrahim,
Selemah-lemah ukhwah adalah berlapang dada dan sekuat-kuat ukhwah adalah "ithar"(melebihkan sahabat melebihi diri sendiri)
Ya Allah,
Kau kurniakan daku sahabat,
Engkau jadikanlah diriku sahabat yang baik buatnya,
yang rela susah dan senang bersamanya...
Ya Allah,
diriku bahagia melihatnya tersenyum ceria
ku bahagia mendengar coletehnya biarpun agak "gege"
ku mohon kepada-Mu Ya Allah,
Bahagiakanlah dirinya dunia dan akhirat,
Sembuhkanlah penyakitnya,
kuatkan dirinya untuk menghadapi ujian dan dugaan-Mu,
Tabahkanlah dirinya,
Engkau permudahkanlah segala urusannya
Ya Allah,
Engkau kuatkan daku untuk melihat senyumannya.....
Sesungguhnya diriku amat menyayanginya dunia dan akhirat keranaMu Ya Allah...
Posted by رقية بنت محمد يوسف at 2:09 AM 4 comments
Sunday, May 9, 2010
Teruja
p/s:alhamdulillah,dapat banyak kutipan untuk disumbangkan buat rakyat Palestin...
Posted by رقية بنت محمد يوسف at 2:18 AM 0 comments
Labels: Luahan hati kecilku..
Entri Khas buat Mak....
Bismillahirrahmanirrahim,
Terima kasih kerana sanggup bersusah payah mengandung,melahirkan , membesarkan dan mendidik kak long selama ini...
Mak, (Puan Che Ah)
Demi kebahagiaan rumah tangga adik mak,mak sudi serahkan anak perempuan bongsu mak untuk dipelihara mereka dari kecil hinggalah sekarang.Dahulu masa kak long kecil,kak long pelik knapa setiap kali mak datang,mak mesti minta nak tidor dgn kak long dekat rumah tok(belakang rumah ana),kak long pun seronok la tapi bila tengah malam ,kak long kejutkan tok suruh hantar kak long balik rumah,kak long nak tido kat rumah.Setiap kali begitu..kesian mak.mesti mak sedih bila bangun,kak long tak ada disebelah.Maafkan kak long mak...masa tu kak long tak tau mak adalah mak kandung kak long...
Mak,(Puan Jamnah)
Kak long teringat jiran kita mak su pernah bgtau masa kecil kak long sakit penat(asma) teruk jugak..Setiap bulan mak terpaksa simpan RM80 daripada gajinya yang tak seberapa itu untuk rawatan kak long di hospital.Suatu hari,penat (asma) kak long teruk sangat hingga kak long kebiru biruan,mak tak tau nak wat pa,hanya menangis kuat sambil memanggil jiran kami...Hinggakan mak su bagitau,kalau tengok keadaan kak long ketika itu,tidak sangka kak long masih hidup lagi sekarang.Mak dah banyak berkorban masa dan tenaga dan duit demi membesarkan dan mendidik kak long agar menjadi insan berguna dunia dan akhirat biarpun kak long bukan anak kandung mak.Alhamdulillah,Allah panjangkan umur kak long agar dapat kak long berbakti dan berkhidmat kepada kedua orang ibu ana dan kedua org ayah ana dan masyarakat dan yang paling penting buat Islam tercinta..
Ada yang bertanya antara mak kandung dengan mak angkat,mana yang kak long paling sayang?
Dua2 kak long sayang,mak....
Selamat Hari Ibu mak....
Posted by رقية بنت محمد يوسف at 1:35 AM 0 comments
Sunday, May 2, 2010
Semester 3,mampukah?
Assalamualaikum,
Semester 3 baru seminggu bermula,moga ianya permulaan yang baik buat ana...dan shbat sekalian..
Ya Allah,engkau permudahkanlah segala urusanku,
Jika Engkau mengetahui sesuatu itu terbaik buatku,agamaku,kesudahanku samaada cepat atupun lambat,
Maka,Engkau tentukanlah buatku,
Engkau permudahkanlah untukku,
Engkau berikanlah kekuatan padaku untk menghadapinya,
Ya Allah,Engkau berikanlah kepadaku kebaikan dunia dan akhirat....
Ameen...Ya Allah.
moga2,dipermudahkan diriku untuk buat yang terbaik untk short semester ini dan semester2 seterusnya.Kuatkanlah kakiku untuk meneruskan perjuangan ini di bumi UIA...
Posted by رقية بنت محمد يوسف at 6:17 AM 1 comments
Labels: Luahan hati kecilku..











