Salam,
dalam menghabiskan cuti di rumah yang agak panjang ,masa-masa berharga ini ana isikan dengan membaca artikel-artikel menarik yang diberikan shbt ana,Masthura...(rindunya dia)yang sekarang berjihad untuk menjadi seorang Hafizah.
Ini ana nak kongsikan dengan shbt2 sekalian:-
Ada baiknya kalau kita sudah tahu akan perkara ini sekurang-kurangnya kita tidak cepat melenting jika berlaku apa-apa isu antara kaum ADAM dan HAWA dan saya juga ingin tambah iaitu betapa beratnya menjadi seorang lelaki, diantaranya adalah seperti berikut:-
Lelaki
1. lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.
2. lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN !
3. Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab keatas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, menakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN !
4. Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak di bayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung. Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.
Wanita
1. - wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
2. - wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
3. - wanita saksinya kurang berbanding lelaki.
4. - wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.
5. - wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
6. - wanita wajib taat kpd suaminya tetapi suami tak perlu taat pd isterinya (taat kepada ibunya).
7. - talak terletak di tgn suami dan bukan isteri.
8. - wanita kurang dlm beribadat kerana masalah haid dan nifas yg tak ada pada lelaki. Pernahkah kita lihat sebaliknya?? Benda yg mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yg tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah- sepah bukan? itulah bandingannya dgn seorg wanita. Wanita perlu taat kpd suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita? wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya utk menyara isteri dan anak-anak. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap
4 wanita ini:
Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.
Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.
Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu
Syurga yg disukainya cukup dgn 4 syarat shj:
Sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya. (betulkan jika saya tersilap).
Seorg lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala org pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.
MasyaALLAH... sayangnya ALLAH pada wanita .... kan?
Segala kebaikan itu datang dari Allah SWT dan segala kelemahan itu datangnya dari diri saya sendiri.
Jadi,bersyukurlah kita dilahirkan sebagai wanita,walaupun ada yang mengatakan susahnya untuk menjadi seorang wanita...renung-renungkanlah....
Wednesday, May 27, 2009
Mengenali lelaki dan wanita
Posted by رقية بنت محمد يوسف at 9:18 PM 0 comments
Tuesday, May 12, 2009
Salam Bicara pemanis kata....
Semalam ana berkesempatan menghantar seorang shbt ana syafiah ke Seremban bersama shbt ana yang lain....
Tujuan dihati ana dan shbt lepas hantar terus balik,namun dengan pujukan shbt ana syafiah kami pun singgah la sebentar di rumah mak saudaranya...mak Tak...alih-alih kami kami tidur semalaman di sana...Seronok tak terkata la...mendapat layanan yang baik dari mak tak sekeluarga...ramah sungguh ahli keluarga mak Tak...bersembang-sembang dan bertukar cerita sampai hampir pukul 1 pagi....
Pagi ini baru pulang selepas dihantar Pak tak...di dalam kereta mulutnya asyik berceloteh pasal " rainbownya" (sejenis mesin ala -ala Vacuum tapi lagi advanced,macam-macam boleh buat-vacum lantai,karpet,tilam ,bantai dan langsir pun boleh.bak kata Pak Tak segala peralatan dalam rumah boleh dibersihkan...untuk buang habuk dan hama...ia jugak dapat menyeduk hama-hama dalam rumah dan mewangikan perudaraan .....)katanya bisnes jual Rainbow ini menguntungkan...Harganya jangan terkejut...Rm tujuh ribu lebih tapi kata Pak tak mesin ini amat jimat sebab boleh tahan sampai 25 tahun tanpa perlu alat ganti lain....dan boleh cuci rumah dengan menggunakan 2 liter air sahaja...
Pak Tak ada tawarkan ana dengan shbt untuk jd saleswomen kalau nak...kalau kita promote kat orang dan dan orang itu beli kita boleh dapat RM 3oo dah...hanya promote sahaja....tu tidak lagi jd salesnya...
p/s: Nak beli Rainbow tak...hehe...
Posted by رقية بنت محمد يوسف at 7:45 PM 0 comments
Sunday, May 10, 2009
Meniti Waktu....
Salam,asif jiddan kerana ambik masa yang lama untuk meng’update’kan blog ini....Terasa masa amat memcemburui ana,terasa sekejap sahaja masa berlalu,terkenang waktu pertama kali kaki ini menjejakkan kaki semula ke bumi Nilai untuk mengambil short sem...Dan sekarang ana dalam meniti waktu untuk meninggalkan bumi Nilai yang banyak memberi kenangan manis buat ana dan insyaAllah bakal berjuang bersama sahabat –sahabat di Gombak dalam mencari ilmu dan juga menegakkan kembali Syiar Islam...YaAllah,mampukah diri ini bersama pejuang-pejuangMu??Adakah diri ini antara yang terpilih ??Ya Allah,Engkau mengetahui diriku ini masih lemah namun Ya Allah,kau thabatkanlah diri ini di jalan ini...jalan yang Engkau redhai ....bersama –sama sahabat-sahabatku...Ya Allah,Engkau mengetahui yang mana terbaik buatku,kepadaMu aku berserah....YaAllah...
Minggu ini minggu terakhir ana di Nilai(insyaAllah) dan ana akan menghadapi exam subjek An-Nahwu pada 14-05-2009 dan exam subjek Balaghah pada 15-05-2009 ini...Ya Allah berikan diriku dan sahabat-sahabat kekuatan untuk menghadapi exam dan mendapat keputusan yang terbaik.
Cenderahati untuk Ustaz Che Abdul Majid
Sempat juga ana membuat sedikit cenderamata untuk ustaz Che Abdul majid dengan bantuan sahabat ana Jamilah...Syukran ya ukhti.Cenderamata tersebut tanda terima kasih ana dan sahabat –sahabat kepada ustaz kerana telah banyak meluangkan masa untuk mengajar kami subjek Balaghah walaupun ustaz sentiasa sibuk dengan tugas-tugasnya...Syukran Ustaz, jasa dan budi baik ustaz takkan kami lupakan dan hanya ALLAH jualah yang dapat membalasnya...Doakan kejayaan kami ya ...dan tahniah juga buat ustaz dan isteri dengan kehadiran orang baru,generasi pewaris ustaz....
Posted by رقية بنت محمد يوسف at 8:56 AM 0 comments
Sunday, April 26, 2009
Tercapai Akhirnya....
Assalamualaikum ,
Akhirnya,pada 25 April 2009, dapatlah juga ana menjejakkan kaki ke Pesta Buku AntaraBangsa,PWTC...hampir 3 tahun hati ini berangan-berangan untk menjejakkan kaki ke sana namun tidak berkesempatan kerana sdikit musyaqoh...Terima kasih tak terhingga buat shbt ana jamilah n majdah yg sudi membawa ana ke sana...
Disana ,ramai sngt pengunjung yg datang,bersesak-sesak jugak kmi dlm komuter dari Nilai ke Putra....lamanya berdiri...sampai ja di PWTC,ya ALLAH,lautan manusia berjalan memasuki tmpt Pesta...ramainya orang...Teruja jugak ana,maklumla pertama kali datang...
Disana ana berkesempatan bertemu dgn Ustaz Hasrizal,Ustaz Ridhuan Md Noor,Ust Amal dan juga dpt bertemu dgn A.Samad Said dan juga Faisal Tehrani yang ana kira sdg berforum tntg isu PPSMI...Teringat ana ucapan A Samad Said yang dpt ana simpulkan ...sekarang kita tengok adakah Perdana Menteri kita yg baru ini(Najib tun Abd Razak) akn memartabatkan bahasa Melayu...ucapan ini mendapat tepukan yang gemuruh dari semua penonton pelbagai lapisan masyarakat tak kira muda remaja atau golongan berkejaya ...Ini menunjukkan rakyat negara kita mahu dan menyokong Bahasa Melayu dimartabatkan semula....
Berbalik semula,kalau nak diikutkan hati,mahu saja nak beli macam -macam (rasa macam nak borong ja Novel dgn buku haraki banyak-banyak)namun memikirkan perlu berjimat msa short sem ini,beli apa yang perlu ja...
Beli buku nota kecil ni dapat poster tuk Guru dengan penanda buku gambar Tuk Guru.
Dua buah buku ni,ana teringin sngt nak beli lama dah selepas pinjam dari seorang sahabat ana...akhirnya dapat beli jugak...alhamdulillah...
Moga -moga buku -buku tersebut memberi banyak manfaat buat ana...InsyaAllah..Dan ia menjadi hadiah yang bermakna buat diri ana sempena Hari lahir ana 26 april 2009...
Posted by رقية بنت محمد يوسف at 7:50 PM 1 comments
Thursday, April 9, 2009
Salam,
Ya ALLAH,
Tabahkanlah hati ini dgn dugaanMu,Ya ALLAH.....
Sesungguhnya driku amat malu denganMu,
Dugaan kecil ini pun driku mudah lemah....
Ya ALLAH,malunya tak terhingga.....
ampunkan daku yang lemah dan hina ni YA ALLAH....
Pada ahad lepas,ana temankan roomate pergi joging berdekatan Nilai Squere..mm..lepaskan geram tak dapat p Bukit Gantang...huhu bersama shbt 2.Tiba 2,msa ana nk melintas jalan,ada skumpulan motor budak-budak muda datang,ana apa lagi cpatkan lagi langkahan ala -ala macam nak lari la jugak,lepas tu tiba ja kaki ana dekat line tengah ,ana hampir terjatuh kerana kaki terseliuh,sakitnya bukan kepalang namun memikirkan ana berada di tengah jalan dan kumpulan motor tu teramatlah dekat,hampir nak melanggar,ana terpaksa mpercepatkan langkah.YA ALLAH,selamatkanlah hambaMu ini..Alhamdulillah,ana berjaya ke tepi jalan namun sakitnya kaki ini hanya Allah yang tahu...Ana cuba slow -slow jalan,kawan-kawan jauh di hadapan tak menyedari hal ini..alih-alih terhinjut-hinjut jalan balik ke bilik...
sahabat-sahabat sume pakat risau dengan ana,adik-adik seperjuangan pun sama..ini mesti kerja masthura la ni..dia la yang paling risau,tak bagi ana jalan mana-manapun...sume orang ditanyanya..ada tak yang pandai mengurut??kata mas..sudahnya,habis brita kakiku terseliuh di ketahui adik-adik..ramai datang melawat...trima kasih masthura sayang.
Hanya Allah yang tahu macammana sakitnya,lagi -lagi waktu mengadap Ilahi..sngt sakit waktu nak duduk antara dua sujud...hati ini merintih..Ya Allah....Sakitnya..namun bila ana teringatkan saudara seislam di Palestin..Diri ini jadi malu,malu sangat dengan ALLAH,bru ja diduga dah macam ni..Kemudian ana teringat mesej kata -kata semangat yang ana hantarkan buat shbt ana yang diduga dengan satu ujian...
'wahai hati ,bila engkau memandang segalanya dr Allah yg mempercepatkan s'galanya,yg menimpakan ujian,yg mnyebabkan sakitnya hatimu,yg mbuatkan keinginanmu terhalang,pastinya damailah hatimu krna masakan ALLAH sngaja mntadbirkan sgala2nya dgn sia-sia...bkn krn ALLAH x tahu deritanya hidupmu,pecahnya hatimu,tapi mungkin itulah yg Dia mahu,krna Dia tahu hati sebegini lebih lunak &lebih mudah untk dkt dgnNya.."
InsyaALLAH diri ini akan cuba kuatkan dri...Alhamdulillah,ana dah pi klinik,berbalut juga kaki ni..huhu ni lah first time ana terseliuh dan dibalut begini..Kaki pun dah ok la skit cuma kadang -kadang sakit datang menyengat...hatta skrg pun msih terasa skitnya..kena berhati -hati skit la gamaknya..mm..tengah cari masa nak balik Kg ,nak jumpa tok suruh tolong urutkan kaki ni..
huhu..rindunya kat kampung...mak, abah,mak tluk,pak,adi,emi,kakakku,abang2ku tunggukan kepulangan zakiah@kak long.....
p/s :Dikesempatan ini ana nak ucapkan trima kasih tak terhingga buat smua shbt seperjuangan yang banyak mengambil berat tntang ana...terutama Masthura,Majdah,kak Husni,jamilah,adik bihah,adik Annur, dan adik2 seperjuangan,adik 2 roomate yg ceria...syukran jazilan,Moga ukhwah kta berkekaln...Amin.
Posted by رقية بنت محمد يوسف at 11:30 PM 2 comments
Thursday, March 26, 2009
Putera Lembah Bakkah
Salam ketemu lg.....
Hari ni ana meluangkan msa membaca satu buku yg ana kira amatlah berguna buat kita dalam mengingati Sirah kelahiran Junjungan Besar kita Nabi Muhammad S.A.W. iaitu MUHAMMAD SAW PUTERA LEMBAH BAKKAH yakni hasil Nukilan Saudara ZURAIMI ISMAIL....
Posted by رقية بنت محمد يوسف at 1:18 AM 0 comments
Labels: Buku -buku bacaanku...
Friday, February 6, 2009
Baru nak belajar nie
Salam Ukhwah fillah,
Ana bru nak try nie,ni pun dpt gak buat blog mujahidahalquds nie dgn pertolongan shbt tercinta,Saudari Jamilah....Andai ada terkurang n tersalah,hrap shbt 2 dpt ajar n tunjukkan....
kat bawah nie ada cerpen yg ana ambik dr iluvisam...hrp 2 rmai yg suka baca cerpen nie
MATA bening Baba tajam menikam retina. Barangkali selaku anak dan separa bersalah pula, saya sewajarnya gentar lalu menikus tertunduk. Namun, di balik tenungan mata bening coklat cair milik Baba yang terlalu persis indera penglihatan milik kendiri, saya menemukan sinar berbeza nada. Maka derhakakah andai gerun setitik pun tidak membekas? “Berontak memenangkan darah muda tidak akan menguntungkan sesiapa, Wafeya.” Pernyataankah atau keluhankah? Indera dengar saya mengecam maksud bercapah makna. Mangkuk sup di hadapan hampir kering, namun Manhattan clam chowder masih banyak berbaki di dasar. Cebisan biskut tiram bergaul kuah pekat yang selalunya amat saya gemari mengembang, merencat selera. Baba menggamit pramusaji apakala kandungan mangkuk putih mula dikuis-kuis dengan hujung sudu bulat namun saya gesit menolak. Ini bukan hidangan pilihan utama; tatkala diseru Baba melalui setiausaha peribadinya agar melapangkan jadual sedia kosong untuk janji temu makan tengah hari, saya berhajat besar membawa Baba menyantapi falafel di restoran kecil kegemaran di West Village. Taim, bererti lazat dalam bahasa Hebrew, dipunyai dan beroperasi di bawah pengawasan Ednat Admony, tukang masak Yahudi dari Israel yang pernah pula berguru dengan Bobby Flay, si bintang masakan dari saluran kabel Food Network. Namun semasa berdandan ringkas berhadapan cermin besar di dinding kamar, saya terlalu berat hati meninggalkan sehelai selendang kekotak putih-hitam segi empat sama yang sudah sebati dengan diri. Lalu, mengunjungi Taim ketika sengketa di Genting Gaza - meski mereda oleh gencatan senjata unilateral - dengan kaffiyeh melingkari tengkuk bukanlah tindakan bijak. Argh, bukankah punca saya terpaksa terbang pulang ke kota New York yang beku didakap dingin awal tahun Masihi, sedang semester musim bunga menginjak minggu ketiga di kampus University of California Irvine atau mesra oleh akronim ringkas UCI, adalah sehelai selendang ini juga? “Apabila pihak berwajib yang dipertaruhkan kepercayaan gagal bertindak, tidakkah khalayak wajar bangkit menuntut manifesto pilihan raya di kota dan objektif penubuhan organisasi dikuatkuasakan?” Sahutan tegas disambut desahan panjang. Baba tersandar. Beralahkah atau menyusun strategikah? Biarpun saya anak dan menjawat gelar cahaya mata tunggal pula, kolam hati Baba mustahil ditelah. Bening sepasang iris coklat cair adalah cerminan misteri jiwa seorang lelaki Palestin dari Beit Lahiya bernama Isham Mustafa. Sebaliknya, saya mengekor deria lihat Baba yang kejap tertancap pada refleksi sebuah pencakar langit di luar tingkap kaca restoran. Tidak dapat tidak naluri seorang pelajar seni bina mula bekerja, menganalisis segenap inci bangunan agam yang tercapai oleh pancaindera dari kejauhan. Bangunan Sekretariat milik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) setinggi 38 aras di pinggir East River tegak mencucuk dada langit New York bersilauan disimbah sinar lemah mentari pertengahan Januari rentetan struktur luar dibina sepenuhnya menggunakan kaca, marmar dan logam tahan karat. Bangunan yang menempatkan pejabat Setiausaha Agung PBB pada tingkat teratas itu telah direka bentuk berlandaskan konsep International Style yang popular amat di Eropah pada dekad lima puluhan. Keputusan ini dipersetujui majoriti pihak terlibat kerana konsep berkenaan sinonim diasosiasikan dengan aspek minimalis, pelbagai bentuk geometri nan abstrak dan bebas jargon politik. Ya, sebagai ibu pejabat sebuah pertubuhan yang seharusnya adil dan telus, ciri terakhir tentunya membawa signifikasi luar biasa. Tambah pula, ia tertegak atas nama kerjasama antarabangsa jua; Wallace Harrison, jurutera ternama dari Amerika Syarikat mengetuai sepasukan jurutera terpilih dari Switzerland di Eropah ke Uruguay di Amerika Selatan telah menterjemahkan cetak biru lakaran Le Corbusier, arkitek Perancis di atas lot seluas 18 ekar di tengah-tengah Pulau Manhattan bernilai lebih lapan juta dolar sumbangan jutawan John D Rockefeller. Kawasan kecil merentangi First Avenue dari 42nd Street sehingga 48th Street itu kemudiannya dinamakan United Nations Plaza dan diiktiraf sebagai teritori bebas yang tidak diikat undang-undang mana-mana negara, hatta Amerika Syarikat sekali pun. "Sayang …” saya menggumam tanpa sedar. Anganan Baba terganggu. Wajah saya diseluruhi. Saya melipat kedua siku, lalu dipanggung ke birai meja. “Baba tahu, secara zahir Bangunan Sekretariat menghantar mesej keamanan yang jelas? Namun secara tersirat, sebagaimana ia dimamah usia dan ditimpa impak kerja-kerja kejuruteraan yang tergopoh-gapah seumpama tergesanya pembentukan organisasi itu seusai Perang Dunia Pertama, bangunan itu tidak lagi relevan sebagai kediaman moderator antara pihak-pihak bertelagah.” Kening Baba terjungkit sebelah, menghantar pertanyaan bisu. Saya meneguk liur, membasahkan kerongkong yang kering lalu meneruskan. “Sedari awal pembinaan, praktikaliti Bangunan Sekretariat sememangnya diragui. Setiap aras terlalu sempit, sekali gus kurang ergonomik untuk menempatkan kubikel atau ruang pejabat yang dihuni beratus-ratus petugas serentak sementara penggunaan kaca sebagai penyuntik elemen mesra alam dan futuristik pula memakan diri kerana ia mengganggu regulasi suhu keseluruhan bangunan. Selain itu, ia juga berhadapan pelbagai masalah dalaman seperti asbestos di bumbung, cat berplumbum pada dinding dan retakan konkrit. Dan, jangan terkejut, Bangunan Sekretariat tidak mempunyai sistem pemercik pemadam kebakaran sendiri..”
“Ironik,” Baba menyebut sepatah. “Bukan ironi, tetapi selari,” saya menggeleng, membetulkan namun giliran Baba pula meneleng-nelengkan leher. “Kamu memperkatakan hubung kait antara Bangunan Sekretariat dan PBB secara umum, tetapi Baba suka menyebutkan Majlis Keselamatan PBB secara rinci sementalah ia badan paling berpengaruh dalam sejarah penubuhan PBB serta berperanan langsung dalam menyelesaikan perbalahan antara negara. Tambah pula, ia baru sahaja bersidang kurang dua minggu lalu, beberapa hari sebelum kamu digantung pengajian.” “Baba merujuk perhimpunan para ahli tetap dan tidak tetap Majlis Keselamatan berjumlah lima belas negara untuk mempertimbang proposal menguatkuasakan gencatan senjata di Gaza?” Saya memicing mata. Baba tersenyum sayugia. Argh, bukankah ini isu kegemarannya? Selaku antara peneraju Fakulti Sains Politik yang mengkhusus dalam pengajian sejarah Timur Tengah di Columbia University, Baba pernah makan hati tatkala saya enggan menggeluti cabang ilmu nan sama. Bukan titisan genetik dihujahkan Baba, tetapi peluang untuk membetulkan salah tanggap dunia Barat terutamanya terhadap negara-negara di daerah bergolak secara intelektual yang dibazirkan. Namun kecenderungan saya terlalu kental terhadap bidang seni bina. Sedari anak-anak, saya bercita-cita untuk balik membangunkan tanah rebutan nusa kelahiran keturunan keluarga Mustafa. Masakan Baba tegar menghalang impian semulia itu? “Kamu perlu ingat, persidangan dirancang hanyalah untuk mencapai resolusi sama ada Israel patut diseru agar meletakkan senjata, bukannya membincangkan penguatkuasaan. Di sinilah ironinya Wafa, kerana objektif primer penubuhan Majlis Keselamatan adalah untuk mengekalkan kerukunan pada peringkat antarabangsa. Salah satu metodologi untuk memastikan visi ini tercapai adalah tindakan ketenteraan. Namun seperti kamu maklumi, Majlis Keselamatan sekadar mengerling dari jauh, mengecam dengan penuh ‘diplomatik’ dan membungkam tanpa aksi terhadap perang dilancarkan Israel di Palestin. Oleh sebab objektif ini tergaris dalam Perlembagaan PBB, mengingkarinya laksana menjilat ludahan sendiri.” “Condoleezza Rice, wakil Amerika Syarikat, menghantar mesej jelas dengan mengelak daripada mengundi. Sebagai salah satu ahli tetap Majlis Keselamatan yang dikurniakan kuasa veto, tindakan itu sedikit, walau tidak banyak, pastinya mempengaruhi ahli-ahli lain.” Baba mengangguk. “Lagi kontradiksi menarik, sebetulnya. Perlembagaan PBB turut menyebut bahawa mana-mana negara ahli Majlis Keselamatan yang bertindak dengan apa cara sekalipun untuk menghalang atau melengahkan pelaksanaan dasar sebulat suara dipersetujui ahli-ahli lain akan ditarik balik hak dan kelebihan eksklusif sebagai anggota.” Tawa kecil tetapi nyaring terhambur dari celahan dua bibir. Baba menaikkan kedua-dua bahu sambil menceber. Tawa saya beranak-anak beberapa tagal dialak Baba dengan variasi ekspresi yang menggeletek tangkai hati. Khali menyusuli lantaran saya keputusan nafas terpaksa mencuri jeda memperbaharui bekalan oksigen ke kedua-dua belah peparu. Pramusaji mampir, cekatan menatang pergi segala macam pinggan mangkuk hidangan setelah meninggalkan dokumen transaksi dagangan di atas dulang kecil yang menawan. “Baba marah?” Saya memberanikan diri mencelah sunyi. “Marahkan kamu?” Reaksi retorik namun saya patuh mengiyakan. Baba diam sejenak, cermat menyisip kad lut cahaya bercip elektronik di bawah resit transaksi, sebelum berhati-hati mengatur bicara. Argh, sememangnya tabiat Baba sebegitu - tegas dan santun berpadu dalam setiap tutur kata! “Kecewa barangkali lebih tepat, Wafa. Ketika dunia sedang bergolak, bukankah Baba acap berpesan, jangan sesekali dilontar api provokasi? Biarpun sehelai kaffiyeh, kamu tentu tahu puak-puak berkepentingan tidak akan teragak-agak mempolitikkan.” “Tapi Baba, apa lagi daya saya untuk menunjukkan sokongan terhadap saudara-saudara seagama, sebangsa yang tertindas? Paling tidak, sehelai kaffiyeh melindungi aurat mampu menjadi serampang dua mata menginisiasi perbualan yang saya kaut untuk mencerahkan. Tidakkah Baba juga pernah berharapan besar agar saya mendidik khalayak secara berhikmah?” Baba tidak segera menjawab.
Pramusaji mendekati dengan penuh apologi, mencapai dulang kecil lalu permisi. Saya tahu dan Baba juga mengerti bahawa saya terhukum oleh peraturan duniawi yang dirangka untuk mendamba sokongan kewangan pihak-pihak tertentu. Bukankah mesti berani kerana benar? Malahan Profesor Mark LeVine, pemegang portfolio seumpama Baba di UCI, juga kolumnis berkala laman sesawang Al-Jazeera, teguh mempertahankan hak saya mengenakan kaffiyeh beraneka urna ke dewan kuliah setiap hari berlandaskan tiket kebebasan bersuara. Argh, celakalah manusia-manusia munafik pemanipulasi situasi! Jikalau semua pemakai kaffiyeh dipukul rata sebagai pendokong keganasan, maka persepsi serupa sepatutnya diaplikasi kepada setiap pemakai celana denim kerana Charles Manson seorang penjenayah. “Baba …” saya memanggil. Baba mengangkat muka. “Masih ingatkah Baba pada cerita-cerita rakyat dari Beit Lahiya yang sering Baba hikayatkan sebelum saya beradu saban malam lama sebelum saya menginjak usia remaja dahulu?” Baba tersenyum. Sekilas sepasang iris berkejora, seolah-olah bernostalgia. Saya ikut tersengih, meski sedikit sumbing. “Jika begitu, Baba pasti ingat cerita kesukaan saya.” Sirna semerta mengelabui iris berbintang. Baba mengedutkan dahi, terpancing. “Seorang Rabai dan Lelaki Palestin?” Soalnya bersungguh. Saya mengangguk sekali, lalu memulakan. “Pada suatu hari, seorang rabai terhormat di Baitulmaqdis sedang meraikan beberapa tetamu di rumahnya apabila beliau didatangi seorang lelaki Palestin. Lelaki Palestin berkenaan merupakan seorang peniaga yang memiliki perusahaan sendiri. Beliau mengunjungi kediaman si rabai untuk mengadukan kecurian sebentuk cincin emas di kedainya kerana pelaku disyaki adalah seorang lelaki Yahudi. Si rabai menyoal siasat pekedai Palestin berkenaan beberapa ketika dan setelah meyakini bahawa lelaki itu tidak berdusta, beliau telah menghantar utusan menjemput lelaki Yahudi yang diperkatakan.” Saya mengerling tampang Baba yang tekun menekur meja sepanjang saya berkisah. Kura tangannya saya kuit sekali, mendesak penglipur lara pujaan menyambung riwayat lisan. Baba keberatan, namun saya konsisten menggesa. Dia mendehem perlahan. “Sebaik sahaja tetamu yang ditunggu-tunggu tiba, si rabai tanpa lengah meluru lalu membisikkan agar lelaki Yahudi berkenaan menafikan sekeras-kerasnya tuduhan mencuri yang dilemparkan kepadanya. Kekagetan oleh sokongan daripada tokoh autoriti agama disegani, lelaki Yahudi itu tanpa sedar meninggikan suara membalas, ‘Ya, begitulah juga rancanganku’ di hadapan si pekedai Palestin teraniaya dan sekian ramai tetamu lain. Rentetan pengakuan sukarela tersebut, rabai yang pintar segera mengarahkan agar si pencuri memulangkan barang curian kepada pemiliknya. Si pencuri kemudiannya dilepaskan tanpa sebarang ikaban.” Sepi sekali lagi merajai. Baba mencerlung anak mata, menanti butir-butir bicara seterusnya. “Kisah ini terlalu ideal untuk direalisasikan, Baba. Kita tidak boleh membungkam mengharapkan Israel, atau Ehud Olmert misalnya sebagai figura kuasa untuk mengembalikan Palestin kepada sekian ramai pelarian yang merempat berteduh di Gaza, Tebing Barat dan kem-kem perlindungan di Lubnan dan Syria. Konflik ini terlalu disarati cita-cita politik; pilihan raya Israel pada bulan hadapan, argh bagaimana pula sebuah negara haram yang menjulang prinsip etnokrasi bisa menganjurkan sebuah pemilihan secara demokrasi masih memusykilkan saya. Olmert tentunya enggan senasib oleh mendiang Yitzak Shamer yang condong berdamai tetapi setangkas itu juga dibidik mati oleh penembak curi. Sementelah Tzipi Livni, si menteri luar yang zalim menghalalkan segala tindakan militari Israel disebut-sebut sebagai calon terbaik memimpin Knesset, harapan perdamaian sedia tipis bakal lenyap seratus peratus. Hendak dikembalikan ke bahu PBB, Baba juga telah panjang lebar membentangkan betapa badan itu terlalu korup untuk terus relevan dalam menyelesaikan isu-isu kontemporari.” “Lalu?” Baba mencelah. “Namun beralasan dan berpeluk tubuh tanpa mengusahakan sesuatu juga dosa. Jihad Baba adalah melalui saluran akademia, sementara buat masa ini perjuangan saya, seorang warga dunia terhad kudrat jasmani dan rohani - maafkan, saya beralasan lagi - masih berlegar meliputi demonstrasi prokeamanan, memaksimumkan tekanan politik ke atas ahli Kongres tempatan yang saya undi, menawarkan penerangan kepada sesiapa yang kepinginkan kebenaran serta ya, berkaffiyeh sebagai simbol solidariti. Biar pun tidak banyak, tetapi inilah perca-perca cinta yang mampu saya kirimi kepada saudara-saudara saya di Palestin.” “Kamu tak takut?” Baba menduga. Pramusaji kembali dengan kad lut cahaya dan dua salinan kertas putih untuk ditandatangani. Baba laju menggores kedua-dua. Saya menyeringai. “Tuhan telah menitipkan melalui prosa panjang Ayat 81 Surah An-Nisaa’, tetapi memadai saya memetik sebahagian daripadanya:
‘..serta berserahlah kepada Allah, kerana cukuplah Allah menjadi pembela (yang memeliharamu daripada angkara mereka).’ Saya hanya gentarkan Tuhan, Baba, kerana seandainya pada hari pembalasan kelak saya kekurangan amal semasa dihisab, semoga sumbangan seni ini mampu menyelamatkan saya daripada azab yang lebih pedih.” Baba tertegun setagal namun saya menemukan keharuan di sebalik sepasang mata bening yang semena-mena berkaca. “Kamu tahu maksud Wafeya?” Dia mengusul tatkala kami beriringan melintasi United Nations Plaza menuju stesen kereta api bawah tanah terdekat. Dagu saya pantas naik dan turun. “Kesetiaan. Oleh itu, Baba doakan kamu istiqamah berjuang.” Amin!
jumpa lg ye...
Posted by رقية بنت محمد يوسف at 6:58 PM 0 comments







