BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, December 29, 2009

Akhirnya Berbicara....

Assalamualaikum,,

Lama sungguh kalam ini tidak bersuara...Terasa bersalah dilubuk sanubari hati bilamana membiarnya sunyi tanpa berita,.Acapkali kedengaran,Rokiah,bila nak update blog?dan banyak lagi...Seribu kali kemaafan dipohon atas kedhaifan diri ini ....
Hampir 3 minggu semester baru bermula,ku pohon agar diberi kekuatan agar dapat membuat yang terbaik semester ini...Diriku penuntut Ilmu.....
teringat kata2 Ust Ubaidillah sebelum menamatkan bicaranya dalam Kuliah Fikh petang td,

انتم طالب العلم ,kalau orang tak suruh belajar pun,kamu memang kena belajar kerana kamu adalah penuntut ilmu.Jangan la fokus nak A ja tp tak kisah walaupun tak faham subjek tu pun ...Jangan la nanti CGPA Deanlist slalu dapat tp bila tanya balik soalan, dah tak tau dah...belajar untuk exam shj.Kamu kena ingat,diluar nanti masyarakat perlukan kamu,sekarang di dunia luar ,macm -macam terjadi...

Fikh Jihad sekarang ini bukan lah bersunggah2 semata2 tp Kesungguhan yang ditunjangi dengan Islam...(Dr.Yusof Qhardawi)

Ya Allah,berilah hambamu ini kekuatan...untuk meneruskan jihad ini...

P/s:Mari Berjihad.....(-.-)

Saturday, November 7, 2009

Maaf......

Salam,

Maaf dipinta dari diri yang serba lemah ini...InsyaAllah,segala pembaharuan dan perubahan blog ini sedikit-sedikit akan dibuat namun mungkin selepas habis fatrah Exam ni....maaf selagi lagi dipinta.
Doakan kita semua moga mendapat membuat yang terbaik untuk Final Exam ini.Maat Taufik Wannajah......

Masih menanti


Creative Thinking & Problem Solving 12-11-2009
Intro to Fikh 14- 11- 2009
Ulum Hadith 17-11-2009

Tuesday, October 27, 2009

Tagline Baru...

Assalamualaikum....

Ketemu lagi......
Tagline baru saya insyaAllah Mujahidah :PenCetus Perubahan......
Dan insyaAllah selepas ni bakal ada pembaharuan dalam blog ni....

Monday, September 28, 2009

Balik Mai dah...

Salam pertemuan,
Alhamdulillah,ana selamat tiba di kampus isyak ahad malam lepas...suatu perjalanan yang agak memenatkan...Cuti yang diberikan ana gunakan dengan cuba sebaiknya walaupun masih ada benda masih belum settle dan menuntut untuk diselesaikan..InsyaAllah..ana akan cuba.Dari raya pertama hinggalah ke hari raya ke 5,ana sibuk dan disibukkan dengan aktiviti ziarah,beraya,kenduri dan kembara..hehe..ada orang cakap ana raya ni berjalan sungguh...nak wat camna ,ana ni ikut orang(fmly),depa bawa jalan ana pun berjalan2 la..
Tapi raya kali ni,seronok sangat ziarah adik beradik arwah Tok ana...huhu..satu2 tok yang pernah tengok dan paling ana sayang..bila ziarah mereka,ana terkenangkan arwah tok..
Masa 3 syawal ,ana dan family ziarah Nek Chu dekat Kg Jerai..umurnya hampir menjangkau 90 tahun,kudratnya dah lemah,matanya dah tidak boleh melihat selepas terkena penyakit Chikunya dan pendengarannya juga sudah berkurangan namun bibirnya tidak putus2 berzikir memuji Yang Esa.. Terkejut ana bila mengetahui yang Nek Chu beratib(berzikir) sebanyak 7 ribu disedekahkan kepada Ayahnya,7 ribu kepada Ibunya dan tidak ketinggalan kepada adik beradiknya yg lain...Kagumnya ana,walaupun Nek Chu dah uzur tp tetap akan bangun untuk mengabdikan diri kepada Yang Esa..bilamana ana memikir Nek Chu,rasa diri ini amatlah kerdil...
YaAllah, malu rasanya.orang yang telah uzur pun zikirnya sampai beribu2,ana ni walaupun masih muda......huhu .Mari sama2 kita muhasabah diri balik,dalam sehari sebanyak mana kita mengingati Allah?....bukankah kalamullah Al-Quran ada ayat yang bermaksud lebih kurang begini "Dengan mengingati Allah hati kita akan menjadi tenang" Adakah kita mahu menjadi insan yang bilamana ditimpa kesusahan,atau malapetaka barulah nak mengingati Allah....
Renung2kan lah.....dimana letaknya kita?Moga kita menjadi hamba yang tidak lalai daripada mengingati Allah yang Esa walau sesibuk manapun kita...Amin

Dan cuba renungkan juga kata2 ini..
"sesungguhnya dalam hati manusia itu ada kesusahan yang tidak dapat dihilangkan kecuali dengan rasa Gembira kerana Allah.Dalam hati itu ada kedukaan yang tidak dapat diusir kecuali dengan rasa Senang memahami Allah.Dalam Hati itu juga ada kehendak yang tidak dapat ditutup kecuali dengan Mencintai Allah.Bertaubatlah kepadaNya,selalulah mengingatiNya dan Ikhlaslah kepadaNya....Daripada Ibnu Qayyim



P/s:Jika entri ini ada yang tersilap dan tersalah,harap ada teguran...Maaflah,diri yang lemah dan dhoif ini memohon ampun dan maaf andai ada salah dan silap....

Friday, September 11, 2009

Balik....

Salam Ramadhan....
InsyaAllah,pukul 8.00 malam ini,ana bersama2 sahabat2 akan bertolak balik ke kampung dengan menaiki train di KL Central.Sampai di Butterworth nanti,kami singgah di rumah sahabat ana Ainul sebelum ana dengan sahabat ana Nadia bertolak balik ke Baling....kampung kami...
InsyaAllah,kali ini merupakan kali kedua ana pulang menaiki keretaapi.InsyaAllah,cuba cari pengalaman lagi...Jauh berjalan Luas pengalaman dan pengalaman merupakan guru terbaik dalam proses mematangkan manusia...

Wednesday, September 9, 2009

Nasihat

Assalamulaikum ,dan salam pertemuan...
Alhamdulillah, dengan rahmatnya kita masih diberi peluang untuk untuk meneruskan kehidupan dalam mencari Mardhotillah(keredaan Allah).
Di sini ,ana nak kongsikan nasihat Ust ana(Ust Zahrul Fata) kepada kami dalam kelas petang tadi.Nasihat ini adalah nasihat yang mana ustaz dapat dari ustaznya.
Syarat untuk berjaya ada lima:-
1-Ikhlaskan Niat
2-Muzakarah
3-Tidak malu
4- berusaha bersungguh2
5-Memelihara Adab.

terkesan di hati ana dengan nasihat2 ustaz,betul jugak,masa masih di peringkat sekolah menengah dahulu,benda2 selalu ditekan oleh semua pelajar n guru2 namun apa yang ana nampak sepanjang berada di UIA ni ,ada segelintir penuntut2 ilmu alpa perihal ini,adakah apabila berada di universiti ,pelajar tidak perlu hormatkan guru lagi dah??adakah kerana kita telah besar jd kita tak perlu hormatkan guru, boleh masuk dan keluar kelas sesuka hati,bising dan tidak ambik perhatian dengan apa yg guru ajar...Disini,ana nak ingatkan diri ana dan sahabat2 ,dalam menuntut ilmu ini,hubungan yg baik dgn Guru perlu ada yakni perlu hormatkan guru,jaga adab2 kita sebagai pelajar,barulah ilmu yg kita dapat ada berkatnya.

p/s:Hehe...tidak sabar balik raya.....

Tuesday, August 18, 2009

Buat Sahabat ,

Assalamualaikum,

(Dalam aku mncari reda Ilahi,jiwaku perlukn Mutiara ihsan,kalbuku perlukn permata iman,agar driku indah dgn Nikmat ISLAM ...tetapi bgaimana hrus ku mrasai smua itu tanpa bantuan TEMAN yg menjadikan diriku menuju ke sisiMU Tuhan...Hadirkanlh ia dlm perjalanan Hidupku untk slamanya...Amin)

Buat sahabat-sahabat yang dikasihi kerana Allah,

Tidak tergambar dihati ini,tanpa ku sedari dalam kesibukan melayari aktiviti seharian,diri ini begitu rindukan kalian...terlalu rindukan sahabat-sahabat ukhwah fillah atas dasar aqidah dan perjuangan....rindukan masthura DQ,kak Adila Hs,Mahirah,mjdah,Huda,Haini,Nadia,Atikah,Kak imah,Kak Farah,Ainul,Syafiah,Rhodiyah kedah,Kak Ni' nur Ain(kak ubi),kak Nuha,kak ain,rodiah phang dan shbt2 lain yang x tertulis ana disini....

Teringat saat-saat bertemu kalian buat pertama kalinya,saat-saat ketika sama-sama berkerja demi Islam tercinta dan hingga ke saat ini...biarpun selalu bertemu dan berselisih ketika ke kelas,namun diri ini masih rindukan kalian....rindukan nasihat2 kalian,rindukan sentuhan lembut kalian,senyuman kalian.....Ya Allah,ana merindui saat2 dahulu....
Kepada semua sahabat yg ana kasihi,terima kasih yang tidak terhingga atas segalanya dan terima kasih atas segala dorongan ,nasihat,teguran kalian selama ini kepada ana...terima kasih atas tarbiah kalian...
Disini juga ana nk ucapkan terima kasih yg tidak terhingga buat seorang shbt yang amat ana hormati,terima kasih banyk2 atas nasihat,teguran dan kata2 dorongan kepada ana selama ini...InsyaAllah,ana akn genggam erat2 nasihat2 tersebut.. Doakan ana kuat ya..."bersama2 mengharungi segala cabaran dan dugaan dalam perjuangan menegakkan Islam yg tercinta"kata2 tersebut akan selalu ana ingat dan pegang,,,InsyaAllah...

"Ya Allah,Engkau mengetahui diri ini,Aku tidak mengetahui...Aku reda Ya Allah,jika ini adalah terbaik buatku, Ya Allah Engkau kuatkan langkahku,hatiku dan diriku, untuk menghadapi cabaran di sana"

p/s:Ana sentiasa doakan kalian moga terus kuat dan istiqomah dalam menghadapi dugaan yg mendatang demi Islam Tercinta...